Tuesday, February 18, 2014

Perancangan Strategik = Panitia Pendidikan Seni Visual

Tidak dinafikan sejak adanya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, pelajar sudah mula cakna terhadap kewujudan Pendidikan Seni Visual. Tugas Ketua Panitia juga mula bertambah. Di sini, setiap panitia WAJIB mempunyai perancangan strategik masing-masing. Belas ihsan daripada MR Google lalu digodek-godekkan sehingga wujudnya Perancangan Strategik Panitia Seni Visual.

Sharing is caring ;) 
____________________________________________________

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG
MUADZAM SHAH

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 

VISI
Panitia Pendidikan Seni Visual menjana generasi yang kreatif, inovatif, berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek Pendidikan Seni Visual


MISI
Guru-guru Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang akan mendidik dan menjadikan para pelajar yang belajar di sekolah ini menguasai subjek Pendidian Seni Visual dengan baik, kreatif dan mencari para pelajar yang berbakat serta mampu mencapai Band 6 dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS)


ANALISIS SWOT

KEKUATAN

1.      Guru berpengalaman
2.      Mudah lulus jika dapat menyiapkan semua tugasan yang diberi
3.      Semua guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual adalah berbakat dan kreatif
4.      Mempunyai seorang Pemeriksa SPM Pendidikan Seni Visual
5.      Kewangan kukuh daripada peruntukan panitia dan PIBG
6.      Memudahkan aktiviti kerana pelajar tinggal di asrama

KELEMAHAN

1.      Guru Pendidikan Seni Visual kebanyakkannya   bukan opsyen
2.      Pelajar kurang berminat dan memandang rendah kepentingan Pendidikan Seni Visual
3.      Pelajar kurang mahir melukis dan mewarna
4.      Pelajar sentiasa perlu dibimbing
5.      Bahan rujukan di pusat sumber yang terhad
6.      Guru Pendidikan Seni Visual yang sering bertukar
PELUANG ( KERJASAMA PIHAK LUAR)

1.      Kerjasama dari Pejabat Pelajaran Daerah
2.      PIBG memberi sokongan dan bantuan kewangan untuk aktiviti-aktiviti panitia
3.      Ibu bapa memberi kerjasama dan mengambil berat proses pengajaran dan pembelajaran (p dan p)) anak-anak mereka.

ANCAMAN (CABARAN)

1.      Pelajar selalu menganggap subjek Pendidikan   Seni Visual mudah
2.      Tugasan yang diberi oleh guru dibuat secara sambil lewa


PELAN STRATEGI : PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


Isu Strategik

Strategi yang dicadangkan


Pelan taktikal yang dicadangkan

Fakta yang menyokong strategi ini

Halangan untuk melaksanakan strategi ini


Pendorong untuk memilih strategi

Kualiti Pendidikan Seni Visual masih kurang memuaskan dalam kalangan pelajar


Meningkatkan kualiti Pendidikan Seni Visual (PBS)

Kursus Dalaman untuk guru Pendidikan Seni Visual

Ketua panitia merupakan Jurulatih Sekolah (PBS Seni)

Guru beri kerjasama sepenuhnya

Pertindihan program

Kekangan masa

Pelajar kurang kerjasama

Barisan pentadbir yang sentiasa menyokong


Menambahkan minat pelajar dan kemahiran mengolah, melukis dan mewarna

Minggu Pendidikan Seni Visual

Pertandingan melukis dan mewarna

Pertandingan mereka dan mengolah

Projek Lukisan Mural

Mempunyai sumber kewangan PCG, peralatan dan bahan bagi menjayakan aktiviti

Kekangan masa

Bebanan tugas guru terlalu banyak

Hanya pelajar tertentu mengambil bahagian dalam setiap pertandingan



Barisan pentadbir yang sentiasa menyokong


Menanam nilai menghargai karya seni dan kraftangan

Lawatan ke pameran lukisan, catan dan pusat kraftangan

Guru yang komited

Pelajar berminat dan belum pernah melihat catan dan lukisan di galeri seni


Kekangan masa

Barisan pentadbir yang sentiasa menyokong


PELAN TINDAKAN / TAKTIKAL


Strategi : Meningkatkan kualiti Pendidikan Seni Visual (PBS)

Program
Tanggungjawab
Tempoh Masa
Kos (RM)
Output
Indikator Prestasi
Pelan Kontegensi
Kursus Dalaman  (kemahiran) untuk guru Pendidikan Seni Visual
Ketua Panitia
Mei
300
Guru menguasai ilmu   terkiniberkaitan profesion dan subjek yang diajar serta semakin mahir
% kualiti Pendidikan Seni Visual meningkat
Penceramah jemputan / Jurulatih Daerah PBS Seni


PELAN TINDAKAN / TAKTIKAL


Strategi : Menambahkan minat pelajar dan kemahiran mengolah, melukis dan mewarna.

Program
Tanggungjawab
Tempoh Masa
Kos (RM)
Output
Indikator Prestasi
Pelan Kontegensi
Minggu Pendidikan Seni Visual

Pertandingan melukis dan mewarna

Pertandingan mereka dan mengolah

Pertandingan penghasilan kraf anyaman

Semua Ahli
Julai
500
Pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan

Bakat-bakat pelajar dapat diasah dan diketengahkan

Pertandingan melukis digabungjalin dalam program pelbagai panitia

Projek Lukisan Mural

Semua Ahli

Oktober

800

Pelajar mempelajari kemahiran melukis dan mewarna disamping semakin berminat dalam bidang seni visual



Pelajar terpilih




PELAN OPERASI

Nama Projek
Kursus Dalaman (kemahiran) Guru Pendidikan Seni Visual
Rasional
Kebanyakan guru bukan opsyen tiada pengetahuan dan kurang mahir untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Objektif
Guru menguasai ilmu terkini berkaitan profesion dan subjek yang diajar serta semakin mahir dalam mempelbagaikan teknik mengajar di samping mempelbagaikan aktiviti pelajar dalam PdP
Tarikh dan tempoh pelaksanaan
Mei
Kumpulan sasaran
Semua guru Pendidikan Seni Visual


Nama Projek
Minggu Pendidikan Seni Visual
Rasional
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar berbakat mengetengahkan bakat masing-masing dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang program
Objektif
Mencungkil bakat-bakat terpendam dan menambahkan minat serta kemahiran pelajar dalam mengolah, melukis dan mewarna
Tarikh dan tempoh pelaksanaan
Julai
Kumpulan sasaran
Semua pelajar



5 comments: