Research Delightful Penang
Semester akhir yang cukup menguji ketahanan mental dan fizikal.. Alhamdulillah, tahun ini kami (viscomers) akan ke Penang untuk mencari bahan sempena projek akhir kami.. Cerita pasal Pulau Pinang, aku pernah ke sana tapi just singgah dekat orang jual jeruk.. Fuhh, marvelous lah, suka sangat dapat jeruk salak.. Sedap nyer.. Tapi sayang, sempena research kali ini, kami berada dalam bulan Ramadhan yang mulia.. Betul-betul menguji kesabaran bila aku memilih tajuk "Kota Warisan" sebagai tajuk kajian.. Aku dapati Penang ni banyak bangunan cantik-cantik dan mempunyai sejarah tersendiri, so semangat tulah yang memanggil-manggil aku memilih tajuk ini.. Aku terpaksa round sekitar bandar Georgetown.. Letihnye bukan main tapi digagahi jua.. Huhu.. Alhamdulillah, aku dapat belajar tentang fotografi dan masyarakat di sekelilingnya.. Penang memang best..
Jom, cuci mata..
Escape be'posing' dekat KTMB Tanjung Malim : Sebelum berlepas jam 9:00malam
With Izzah dalam Keretapi ke Penang.. Huhu.. Bersahur dalam keretapi buat kali pertamanya..
Sampai di Butterworth sebelum pukul 6:00pagi, so bergambar dulu sebelum nak naik feri.. Huhu..
Hari pertama di Penang, kali pertama pegang kamera D60 dan hasilnya..
Sesat dan Peta tidak dapat dipisahkan
Memberku yang cuba menjadi fotograper.. Ganaih ganaih..
Seusainye keje, kitorang pun jalan-jalan la, ronda-ronda Penang sampai malam..
Sempat pi muzium islam Pulau Pinang
Kiatorang lewat sampai, al maklumlah jalan kaki pusing bandar kan tapi nasib baik pakcik bas Kompleks Rakan Muda Pulau Pinang baik hati sangat tunggu kami.. Huhu..
Malam, pi ronda Batu Feringgi..
Yang paling best, time buka puasa, tapi sayang, ni gambar buka puasa hari terakhir dah..
Sepanjang aku disana, alhamdulillah, kegembiraan yang amat sangat dirasakan.. Dapat eratkan silaturrahim antara kawan-kawan, dapat perbaiki salah fahaman yang selama ini, yang paling best KENANGAN.. KENANGAN tidak dapat dibeli di mana-mana shopping compleks terkemuka di dunia ini..
Terima kasih Allah, kerana memberi peluang untuk aku merasai semua ini..
Terima kasih Allah, kerana memberi peluang untuk aku merasai semua ini..
..Terima Kasih Sahabat..
Iklasetiabadidalamemorini
..Escape Forever..
No comments:
Post a Comment