SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG,
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG.
_____________________________________________________________________
KERTAS KERJA
PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK PEPERIKSAAN DAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
2013
- 1. PENDAHULUAN
Bilik Khas Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran sekolah.
- 2. OBJEKTIF
- Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
- Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan analisa peperiksaan dan pentaksiran sekolah
- Menjadikan Bilik Peperiksaan dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang cantik dan indah
- Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.
- 3. RASIONAL & MATLAMAT
- Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan peperikaan dalaman, peperiksaan awam dan pentaksiran sekolah.
- Memastikan Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
- Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, operasi peperiksaan dan penyimpanan eviden dengan lebih sistematik.
4. LOKASI SASARAN
Bilik Peperiksaan dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
5. PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :
|
|
|
|
|
1 | Komputer / Pc | 2 Buah (1 untuk unit Peperiksaan dan 1 untuk unit PBS) | RM 1500 x 2 | - Analisa Peperiksaan |
2 | Rak Besi / Almari | 4 Buah | RM150 x 4 | - Penyimpanan Bahan (Borang, kertas, analisa) - Penyimpanan Eviden (PBS) |
|
|
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :
BIL | PERKARA | KUANTITI | ANGGARAN HARGA | CATATAN |
1. | Polystrine colour | 1 1 pack | RM 92.00 | |
2. | Laminating Film | 1 pack | RM 42.00 | |
3. | Kertas A4 (Two Sheet Card) | 10 rim | RM 100.00 | |
4. | Kertas warna | 30 x RM 1.20 | RM 36.00 | |
5. | Pembalut Hadiah | 15 x RM 1.00 | RM 15.00 | |
6. | Renda (Hias Board) | 5 meter x RM5 | RM 25.00 | |
7. | Alas Meja | 1 | RM 25.00 | |
8. | Board Carta Organisasi Kekal | 2 Unit ( 1 unit Peperiksaan & 1 unit PBS) | RM 250.00 | |
9. | Bunga | 5 (gubahan & dinding) | RM 100.00 | |
10. | Pewangi Bilik | 1 | RM 25.00 | |
11. | Riben dan | 10 x RM1.20 | RM 12.00 | |
12. | Alat Tulis (Stationary)
| - | RM 200.00 | |
13. | Cat simen | 5 liter | RM 38.00 | |
14. | Langsir, rel, cangkuk, skirting meja. | 10 panel | RM 1000.00 (+ Upah) | |
15 | Jam dinding | 1 | RM 40.00 | |
Jumlah | RM 2000.00 |
6. PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat kepada guru ntuk lebih bekerja secara produktif. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .
Disediakan oleh,
_____________________________________
Penyelaras Unit Peperiksaan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang,
26700 Muadzam Shah.
No comments:
Post a Comment