Wednesday, February 27, 2013

CONTOH KERTAS KERJA PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 2013

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG,
26700 MUADZAM SHAH, PAHANG. 

_____________________________________________________________________ 

KERTAS KERJA

PENGENDALIAN DAN KECERIAAN BILIK PEPERIKSAAN DAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

2013

 

  1. 1.      PENDAHULUAN

Bilik Khas Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan dan pentaksiran di sekolah. Justeru, kemudahan, keceriaan dan keindahan adalah penting untuk memberi keselesaan kepada guru-guru dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan operasi peperiksaan dalaman, peperiksaan awam serta pentaksiran sekolah.

  1. 2.     OBJEKTIF
  • Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
  • Memudahkan operasi dan pengendalian terutamanya berkaitan dengan analisa peperiksaan dan pentaksiran sekolah
  • Menjadikan Bilik Peperiksaan dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai bilik yang cantik dan indah
  • Memberikan keselesaan kepada guru-guru untuk menggunakan bilik ini.
  1. 3.     RASIONAL & MATLAMAT
  • Memudahkan operasi dan pengendalian berkaitan peperikaan dalaman, peperiksaan awam dan pentaksiran sekolah.
  • Memastikan Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan dengan peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
  • Meningkatkan kualiti keselamatan, pengurusan fail, operasi peperiksaan dan penyimpanan eviden dengan lebih sistematik.

4.         LOKASI SASARAN

Bilik Peperiksaan dan Bilik Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

5.         PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan untuk kemudahan pengendalian Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :


BIL


PERKARA


KUANTITI


ANGGARAN HARGA


TUJUAN

1

Komputer / Pc

2 Buah

(1 untuk unit Peperiksaan dan  1 untuk unit PBS)

RM 1500 x 2

- Analisa Peperiksaan
- Key-in markah
- PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)
- Online SPPBS

2

Rak Besi  / Almari

4 Buah

RM150 x 4

- Penyimpanan Bahan (Borang, kertas, analisa)

- Penyimpanan Eviden (PBS)


JUMLAH


RM3600

Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk keceriaan dan kemudahan Bilik Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah :

BIL

PERKARA

KUANTITI

ANGGARAN HARGA

CATATAN

1.

Polystrine colour

  1  1 pack

RM 92.00

 

2.

Laminating Film

1  pack

RM 42.00

 

3.

Kertas A4

(Two Sheet Card)

10 rim

RM 100.00

 

4.

Kertas warna

30 x RM 1.20

RM 36.00

 

5.

Pembalut Hadiah
(Hias Board)

15 x RM 1.00

RM 15.00

 

6.

Renda (Hias Board)

5 meter x RM5

RM 25.00

 

7.

Alas Meja

1

RM 25.00

 

8.

Board Carta Organisasi Kekal

2 Unit

( 1 unit Peperiksaan & 1 unit PBS)

RM 250.00

 

9.

Bunga

5 (gubahan & dinding)

RM 100.00

 

10.

Pewangi Bilik

1

RM 25.00

 

11.

Riben dan

10  x  RM1.20

RM 12.00

 

12.

Alat Tulis (Stationary)

  • Double tape
  • Double sided
  • Cutter paper trimmer
  • Hole Punch
  • Staples Gun
  • Ubat stapler
  • Gam
  • Gunting

-

RM 200.00

 

13.

Cat  simen

5 liter

RM 38.00

 

14.

Langsir,  rel, cangkuk, skirting meja.

10 panel

RM 1000.00

(+ Upah)

 

15

Jam dinding

1

RM 40.00

 
 

Jumlah

RM 2000.00

 

6. PENUTUP

            Pihak kami amat mengharapkan semoga projek  ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam melahirkan  murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat kepada guru ntuk lebih bekerja secara produktif.  Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .


Disediakan oleh,

 _____________________________________

Penyelaras Unit Peperiksaan,                                             

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang, 

26700 Muadzam Shah.

INDUKSI - Tujuan dan Tatacara Pengurusan Publisiti Sesuatu Tender

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

 

i

Penghargaan

 

1.0

Tender

1.1 Dokumen Tender
 1.2 Penyediaan Dokumen Tender
       1.2.1 Tender Bekalan dan Perkhidmatan
       1.2.2 Tender Kerja
       1.2.3 Tender Antarabangsa

1.3 Pengurusan Tender-Tender Kerajaan

1.4 Had Nilai Tender Kerja

 

2.0

Publisiti
 2.1 Iklan Tender Kerja Tempatan
 2.2 Iklan Tender Kerja Antarabangsa
 2.3 Kadar Bayaran bagi Dokumen Tender
 2.4 Deposit bagi Tender
 2.5 Tempoh Sahlaku Tender
 2.6 Pembukaan Tender
 2.7 Penilaian Tender

 

3.0

Lembaga Tender Perolehan

 

4.0

Surat Pekeliling Perbendaharaan

 

5.0

Tujuan dan Tatacara Pengurusan Publisiti Tender
5.1 Tujuan Publisiti Tender
5.2 Tatacara Publisiti Tender

 

6.0

Rumusan

 

7.0

Bibliografi

 

8.0

Lampiran

 

 

 

 

 

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.

Dalam tugasan individu ini, saya telah diberi situasi sebagai seorang pegawai yang menguruskan tender (Encik Khairul) untuk mengadakan publisiti bagi tender-tender tersebut. Dalam pada itu, saya diminta untuk menerangkan tujuan dan tatacara pengurusan publisiti sesuatu tender. Tugasan individu ini amat menarik minat saya kerana sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pendidik, inilah kali pertama saya dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai pengurusan publisiti sesuatu tender.

Disini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang, Puan Robiah Bt Othman kerana banyak memberi nasihat dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Puan Shawaitul Azna dan Puan Norhidayu Amer iaitu Staf Bahagian Kewangan SMK Agama Pahang kerana banyak  kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan menjadi sumber rujukan dan membekalkan pelbagai bahan serta bimbingan dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Selain itu, ribuan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi dorongan, berkongsi pendapat serta bahan dalam memperlengkapkan lagi tugasan ini.  Sekian, terima kasih.

1.0    TENDER

1.1       DOKUMEN TENDER

 

Antara Kandungan Yang Patut  Ada Di Dalam Sesuatu Dokumen Tender Adalah:

 

i. Arahan kepada penender                

ii. Spesifikasi-spesifikasi

iii. Borang-borang tender                    

iv. Surat Setujuterima

v. Syarat-syarat tender                         

vi. Terma-terma kontrak

vii. Bills of Quantities/Ringkasan tender

viii. Jadual Kadar Harga                      

ix. Lukisan teknikal serta pelan

x. Cadangan-cadangan pemindahan teknologi

xi. Prestasi/Track record           

xii. Profail/Kedudukan kewangan petender

xiii. Perkara-perkara lain yang berkaitan

 

 

 

 

1.2       PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER

 

1.2.1   PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

  • Sediakan dokumen berasingan untuk perincian teknikal dan harga.
  • Tawaran perlu dikemukakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri serta kedua-dua sampul perlu dimasukkan ke dalam satu bungkusan.
  • Syarat wajib nama syarikat dan harga tidak  dicatat dalam dokumen tawaran teknikal.

 

1.2.2   PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER KERJA

  • Perlu menggunakan Borang JKR Siri 203 untuk tender kerja secara konvensional, Borang PWD DB/T untuk projek yang dilaksanakan secara Turnkey atau Design and Build.
  • Borang JKR Siri 203 digunakan bagi projek yang dibiayai oleh peruntukan asing setelah dipersetujui.
  • Memasukkan peruntukan Seksyen 34(2) Akta CIDB 1994 (Akta 520) berkaitan levi sebanyak 0.125% bagi tender kerja melebihi RM500,000 bagi petender yang berjaya.

 

 

1.2.3   PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER ANTARABANGSA

  • Petender perlu mengemukakan cadangan pembiayaan ke atas tawaran tender sama ada secara pinjaman dua hala, kredit pembekal atau pembiayaan perniagaan yang lain.
  • Cadangan pemindahan teknologi bagi membantu industri tempatan mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang terutama yang berteknologi baharu dan terkini.
  • Bagi barangan import, tawaran harga perlu secara FOB kecuali bagi perolehan ubat-ubatan (SPP 18/2002) dan perolehan perisian ICT yang diimport (SPP 16/2001).

 

Klausa Utama Yang Perlu Dimasukkan Di Dalam Dokumen Tender Kerja :

 

  • Agensi-agensi dimestikan untuk menggunakan borang JKR Siri 203 (Pin. 10/83) untuk tender kerja. Penggunaan borang JKR Siri 203 hanya dikecualikan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Turnkey, B.O.T., Cost Plus, Privatised atau projek-projek yang dibiayai oleh peruntukan asing jika pemakaian borang JKR Siri 203 ini tidak dipersetujui.

 

  • Bagi projek seperti yang tidak menggunakan boring JKR Siri 203, perkara-perkara berikut hendaklah dinyatakan di dalam dokumen tender, jika berkenaan:-

i. tempoh sahlaku tender,

ii. larangan publisiti,

iii. jadual pelaksanaan kerja,

iv. tempoh siap kerja,

v. kelewatan dan lanjutan masa,

vi. gantirugi yang ditentukan dan ditetapkan,

vii. penamatan kontrak,

viii. insurans kerja,

ix. arahan perubahan,

x. terma pembayaran,

xi. tempoh tanggungan kecacatan/waranti,

xii. timbang tara, dan

xiii. terma-terma lain yang perlu bagi menjaga kepentingan kerajaan.

 

1.3       PENGURUSAN TENDER-TENDER KERAJAAN.

 

Jabatan-jabatan dikehendaki mengikuti garis-garis panduan yang berikut untuk menggelakkan kelewatan pengurusan tender-tender kerajaan.

 

  • Sebelum satu-satu tender itu dijemput, satu carta (jadual) hendaklah diadakan bagi menunjukkan anggaran masa untuk tiap-tiap peringkat dari tarikh tender ditutup hingga keputusan dibuat.
  • Penilaian tender hendaklah dilakukan dengan segera dan tidak melewati tempoh yang ditetapkan di dalam carta (jadual).
  • Lembaga Tender hendaklah bersidang dalam tempoh 2 minggu selepas penilaian tender selesai.
  • Keputusan sesuatu tender itu hendaklah disampikan kepada penender yang berjaya menurut carta (jadual) yang ditetapkan.
  • Di mana sesuatu tender itu perlu dirujuk kepada Perbendaharaan untuk keputusan, rujukan tersebut hendaklah sampai kepada Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Lembaga Tender.

 

Agensi-agensi perlulah memastikan :-

  • Semua tender kerja dipanggil secara tempatan. Sekiranya kontraktor tempatan tiada kepakaran atau sukar dilaksanakan secara usaha sama, tender antarabangsa bolehlah dipelawa.
  • Bagi menggalakkan pemindahan teknologi dan penyertaan kontraktor tempatan dalam kerja di mana kontraktor tempatan tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran, tender kerja hendaklah dipelawa secara usaha sama antara syarikat-syarikat tempatan dengan kontraktor antarabangsa.
  • Sekiranya kontrak kerja itu dibiayai oleh institusi kewangan antarabangsa, kontraktor yang dilantik adalah terikat kepada ketetapan peraturan institusi tersebut.

 

 

 

 

1.4       HAD NILAI TENDER KERJA.

 

Agensi-agensi yang ingin melaksanakan tender-tender kejuruteraan awam / membina bangunan hendaklah membuat pelawaan kepada syarikat yang tertentu mengikut had kewangan seperti di bawah :

 

  • Tender-tender yang tidak melebihi RM10juta : dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan.
  • Tender-tender yang bernilai antara RM10 hingga RM25juta : dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan atau syarikat yang disenarai di BSKL dan diperbadankan di Malaysia dengan syarat pegangan saham individu asing tidak lebih daripada 30% serta pengarah urusan dan pekerjanya adalah 100% tempatan.
  • Tender yang dianggarkan melebihi RM25 juta, dipelawa kepada : syarikat-syarikat 100% milik tempatan; syarikat-syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL atau, syarikat-syarikat usahasama, sama ada disenaraikan di BSKL ataupun tidak, dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

 

 

 

 

 

2.0    PUBLISITI

 

Semua pelawaan tender hendaklah diberi publisiti dengan mengiklankan tender tersebut sekurang-kurangnya di dalam satu akhbar harian utama. Kenyataan di dalam iklan tender hendaklah jelas, kemas dan ringkas. Sesuatu iklan tender hendaklah merangkumi:

 

 i. Jabatan yang memanggil tender,

ii. Tajuk tender,

iii. Jenis tender, dan

iv. Syarat-syarat kelayakan memasuki tender seperti:

a. kelas, kepala dan sub kepala di dalam pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

b. tempat, tarikh dan masa dokumen tender dijual

c. harga, cara dan jawatan penerima bayaran dokumen tender

d. tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup

 

 

2.1       IKLAN TENDER KERJA TEMPATAN.

Bagi tender kerja tempatan tempoh tender sekurang-kurangnya 21 hari hendaklah diberikan kepada petender untuk mengkaji serta membuat pesediaan terhadap tender tersebut. Pada hari penutupan tender, agensi hendaklah menetapkan jam 12.00 tengahari sebagai waktu terakhir untuk penerimaan dokumen tender daripada petender.

Kenyataan iklan tender hendaklah disalinkan kepada:

i. Dewan Perniagaan dan Perusahaan Bumiputera Malaysia (DPPB) di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan DPPB di mana tender dipelawa,

ii. MAMPU untuk dimasukkan di dalam Civil Service Link (CSL)

 

2.2       IKLAN TENDER KERJA ANTARABANGSA.

Notis tender bagi kerja antarabangsa hendaklah diiklankan di dalam dua akhbar tempatan utama ; satu Bahasa Melayu dan satu Bahasa Inggeris. Notis tender tersebut perlu juga dihantar kepada Kedutaan Negara Asing yang berkenaan dan memberikan tempoh sekurang-kurangnya 56 hari bagi Kedutaan Negara Asing untuk mengemukakan pemberitahuan tender kepada petender yang berminat di negara masing-masing.

 

 

2.3       KADAR BAYARAN BAGI DOKUMEN TENDER

  • Dokumen tender kerja tempatan Bayaran bagi satu set dokumen tender berdasarkan bilangan muka surat adalah seperti berikut:

i. Harga semuka dokumen: Saiz Kertas Harga A4 - RM0. 35, A3 - RM0. 70

ii. Harga semuka lukisan / pelan: Saiz Kertas Harga A3 - RM0.70, A2 - RM3.50, A1 - RM6.50, A - RM8.00 Bayaran minimum bagi satu set dokumen tender ialah RM50.00.

  • Dokumen tender kerja Antarabangsa Bayaran bagi satu set tender kerja antarabangsa berdasarkan bilangan muka surat adalah seperti berikut:

 i. Harga semuka dokumen: Saiz Kertas Harga A4 - RM0. 75, A3 - RM1. 50

ii. Harga semuka lukisan / pelan: Saiz Kertas Harga A3 - RM1.40, A2 - RM7.00, A1 - RM13.00, A - RM16.00 Bayaran minimum bagi satu set dokumen tender ialah RM100.00.

  • Dokumen Tender Yang Ada Maklumat Tertakluk Kepada Arahan Keselamatan Dokumen tender yang mengandungi maklumat-maklumat yang sudah dikelasifikasikan (security document dan security drawing) adalah tertakluk kepada Arahan Keselamatan dan perlu dilindungi untuk kepentingan keselamatan negara. Syarat-syarat yang berikut perlu dipatuhi :

i. Penender menandatangani satu surat pengakuan untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan.

ii. Peruntukan diadakan dalam dokumen tender yang mensyaratkan penender mengembalikan semua dokumen yang telah dikelasifikasikan.

iii. Penender membayar deposit yang perlu dikembalikan apabila penender mengembalikan dokumen tender dalam keadaan baik. Amaun deposit adalah seperti berikut:

a. Bagi dokumen tender kerja tempatan - RM5,000

b. Bagi dokumen tender kerja antarabangsa - RM10,000

  • Perunding dilantik untuk melaksanakan tender kerja tempatan atau antarabangsa, perlu mengenakan bayaran dokumen tender mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti di atas.
  • Bayaran bagi dokumen tender dan deposit yang tersebut di atas hendaklah dibuat menggunakan draf daripada bank tempatan atau bank asing yang beroperasi di Malaysia. Bayaran juga boleh dibuat melalui kiriman wang pos. Semua bentuk instrumen bayaran hendaklah dalam Ringgit Malaysia yang berpalang dan dibayar atas nama Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan/Ketua Badan-badan Berkanun yang berkenaan.

 

 

 

 

2.4       DEPOSIT BAGI TENDER

Deposit tender bagi kerja tempatan adalah dikecualikan manakala untuk kerja antarabangsa deposit tender adalah dikenakan kepada pretender mengikut kadar seperti berikut :-

  • Anggaran Nilai Tender Jumlah Deposit Tender

i. Hingga RM10 juta : RM50,000

ii. Melebihi RM10 juta dan tidak melebihi RM20 juta : RM150,000

iii. Melebihi RM20 juta dan tidak melebihi RM50 juta : RM350,000

iv. Melebihi RM50 juta dan tidak melebihi RM100 juta : RM750,000

v. Melebihi RM100 juta: RM1 juta

 

Petender tempatan yang dikecualikan pendaftarannya dengan Pusat Khidmat Kontraktor, dikenakan deposit tender sebanyak 2.5% daripada harga tawarannya atau maksimum RM10,000.

 

Deposit tender hendaklah dikemukakan dalam bentuk Draf Bank atau Jaminan Bank dalam Ringgit Malaysia daripada bank-bank yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Deposit Tender akan dikembalikan selepas petender yang berjaya mengemukakan bon pelaksanaan. Untuk tender yang tidak berjaya, deposit tender akan dikembalikan selepas pretender yang berjaya menyujuterima tawaran tersebut ataupun selepas tamatnya tempoh sahlaku tender.

 

Kontraktor tempatan tidak dikenakan deposit semasa menawarkan tender. Namun, tindakan yang diambil oleh Perbendaharaan bagi mana-mana kontraktor tempatan yang menolak tawaran setelah tawaran dibuat kepada mereka ialah:

  • Kesalahan pertama: digantung daripada mengambil bahagian dalam tender-tender Kerajaan selama 2 tahun,
  • Kesalahan kedua: digantung daripada mengambil bahagian selama 5.
  • Kesalahan ketiga: kontraktor berkenaan akan dipotong pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan nama pemilik modal serta ahli Lembaga Pengarah disenaraihitamkan.

 

 

 

 

 

 

 

2.5       TEMPOH SAHLAKU TENDER

Faktor-faktor yang perlu diambilkira oleh agensi-agensi dalam menetapkan tempoh sahlaku tender adalah berdasarkan jangkamasa-jangkamasa bagi :

i. menilai tawaran dari segi teknikal,

ii. menilai tawaran dari segi harga,

iii. menilai keupayaan petender,

iv. menyediakan laporan dan masa yang diperlukan untuk membuat keputusan bagi tender, dan

v. menyusuli keputusan dan mengeluarkan Surat Setuju terima.

 

Tempoh minimum sahlaku tender ialah 90 hari dari tarikh tender ditutup. Tempoh sahlaku tender hendaklah tidak terlalu panjang yang mungkin menyebabkan petender menaikkan harga tender mereka. Agensi tidak digalakkan melanjutkan tempoh sahlaku tender mereka.

 

 

 

 

2.6       PEMBUKAAN TENDER

Di dalam sesuatu proses tender, Ketua Jabatan atau pegawai yang terlibat hendaklah tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam tender berkaitan. Pegawai yang berkenaan hendaklah menarik diri secara bertulis jika ia mempunyai kepentingan dalam tender.

 

Keahlian Jawatankuasa Pembuka tender. Sesebuah jawatankuasa pembuka tender adalah terdiri daripada dan tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut;

i. Sekurang-kurangnya 2 pegawai yang mana seorang daripadanya pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional,

ii. Lantikan dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan, dan

iii. Ahli jawatankuasa ini berlainan dari ahli jawatankuasa penilaian tender.

 

Tender yang lewat diterima, tetapi kelewatannya tidak melebihi 30 minit daripada waktu tender ditutup bolehlah dibuka dan dinilai bersama-sama tender yang lain. Catatan mengenai kelewatan hendaklah dibuat apabila tender dibuka, untuk pertimbangan Lembaga Perolehan sama ada mahu terima atau tidak.

 

 

Tender yang lewat diterima boleh dipertimbangkan jika ahli Jawatankuasa Pembuka Tender dengan sebulat suara berpuashati bahawa kelewatan penyerahan disebabkan oleh perkhidmatan pos atau alasan munasabah daripada penender dapat diterima jika melalui hantaran tangan.

 

Pembukaan tender di hadapan Awam. Tender yang perlu dibuka dihadapan awam ialah :-

i. Tender dibiayai oleh Institut Antarabangsa yang mengenakan syarat sedemikian.

ii. Tender bernilai RM25 juta ke atas biayaan Kerajaan Malaysia.

 

Jadual harga tender hendaklah dipamirkan seberapa segera yang boleh dengan pengecualian kepada tender yang melibatkan keselamatan negara. Apabila sesuatu tender dibuka, catatan harga hendaklah terus dibuat tanpa mengikut susunan harga. Bagi tujuan di atas 2 jadual perlu disediakan iaitu;

i. Jadual pertama untuk kegunaan Lembaga Tender yang mengandungi nama  nama kontraktor, nilai harga dan tempoh penyiapan.

ii. Jadual kedua untuk dipamirkan yang mengandungi hanya harga-harga tender mengikut bilangan. Jadual harga tender ini hendaklah dipamirkan sekurangkurangnya untuk tempoh 2 minggu.

2.7       PENILAIAN TENDER

Penilaian tender perlu dibuat oleh satu jawatankuasa tidak kurang dari 2 anggota. Keahlian yang wajib ialah Jurukur Bahan atau pegawai teknikal dalam bidang kerja berkaitan. Perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan asas dalam penilaian  untuk menilai sesuatu tender :

i. Pematuhan syarat- syarat tender seperti pendaftaran dengan pihak berkuasa dalam kelas/bidang yang berkenaan, menandatangani tender, mengemukakan dokumen yang diminta dan syarat lain yang berkaitan,

ii. Kemampuan teknikal kontraktor.

iii. Kemampuan kewangan penender dari segi modal pusingan, (nett worth), kemudahan kredit, nilai baki kerja dalam tangan yang belum siap dan sebagainya,

iv. Penganalisaan harga tender dengan tempoh siap yang ditawarkan. Jika tempoh siap adalah faktor terpenting maka ianya hendaklah dengan jelas dinyatakan di dalam dokumen tender.

 

 

 

 

3.0       LEMBAGA TENDER PEROLEHAN

Ahli Lembaga Perolehan Kerja Persekutuan dilantik oleh Menteri Kewangan . Keahlian ahli lembaga hendaklah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Korum bagi Lembaga adalah 3 orang termasuk kehadiran wajib wakil dari Perbendaharaan Malaysia.

  • Lembaga Perolehan Persekutuan : (Perolehan kerja kurang daripada RM30 Juta)

a. Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan (Pengerusi),

b. Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya,

c. Seorang pegawai awam dari jabatan lain yang berpengalaman untuk memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

  • Lembaga Perolehan Persekutuan Diperingkat Negeri : (Perolehan kerja kurang daripada RM10 Juta)

a. Pegawai Kemajuan Negeri atau Pegawai Kewangan Persekutuan atau Pengarah Pembangunan Negeri ( sebagai Pengerusi ),

b. Pengarah Kerja Raya Negeri atau wakilnya,

c. Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri atau wakilnya, dan

d. Seorang pegawai awam dari Jabatan lain yang dengan pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

  • Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Bahagian ( Bagi Negeri Sarawak ). (Perolehan kerja kurang daripada RM200,000)

a. Residen Bahagian ( sebagai Pengerusi ),

b. Pegawai Kewangan Persekutuan atau wakilnya,

c. Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya atau wakilnya, dan

d. Seorang pegawai awam dari Jabatan lain yang dengan pengetahuan dan pengalamannya boleh memberi sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

  • Lembaga Perolehan kecil Persekutuan (Perolehan kerja kurang daripada RM500,000)

a. Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Jabatan

b. Ketua Pengarah Kerja Raya atau Wakilnya

c. Setiausaha Bahagian

d. Seorang pegawai awam dari jabatan lain yang dengan pengetahuan dan pengalamannya boleh member sumbangan kepada Lembaga Perolehan.

Bagi tender yang nilainya melebihi RM 15 juta atau tender yang keputusannya tidak sebulat suara, perakuan tender perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

 

 

4.0       SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2000

Pemantauan Ke Atas Penggunaan Barang Buatan Tempatan Dalam Perolehan Kerja

 

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2000

Pengecualian Istimewa Daripada Peraturan Biasa Perolehan Kerja

 

Lampiran A

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2001

(Tambahan Pertama SPP Bilangan 2 Tahun 1999)

Had Nilai Perolehan, Kuasa, Tanggungjawab Lembaga Perolehan Dan Jawatankuasa Sebut Harga

Lampiran A

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2001

Prosedur Bayaran Bagi Kontrak Kerja Yang Diselia Oleh Project Management Consultant (PMC)

 

Lampiran A

Lampiran A1

Lampiran A2

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2001

(Tambahan Pertama SPP Bilangan 4 Tahun 2000)

Pengecualian Istimewa Daripada Peraturan Biasa Perolehan Kerja

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 2001

(Tambahan Keempat SPP Bilangan 2 Tahun 1995)

Kemudahan Bayaran Wang Pendahuluan Bagi Kontrak Kerja Secara Design & Build Dan TurnKey

 

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 13 Tahun 2001

(Tambahan Kelima SPP Bilangan 2 Tahun 1995)

Kemudahan Bayaran Wang Pendahuluan Kepada Kontraktor Bekalan Dan Perkhidmatan

 

Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 tahun 2002

Kelas Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam

 

 

 

 

 

 

 

 

5.0    TUJUAN DAN TATACARA PENGURUSAN PUBLISITI SESUATU TENDER

 

5.1       TUJUAN PUBLISITI TENDER

 

Tujuan publisiti sesuatu tender dibuat adalah bertujuan supaya semua pembekal yang bona fide berpeluang untuk menyertai tender dan membolehkan kerajaan mendapatkan tawaran yang terbaik.

 

Pertimbangan sewajarnya  mengenai kos iklan  hendaklah juga diambil kira. Sekiranya kontraktor yang berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak lebih lima (5) kontraktor, iklan tidak perlu dibuat.  Dalam hal ini, demikian kelulusan Kementerian Kewangan  hendaklah  diperolehi terlebih dahulu.  Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada kontraktor  yang diluluskan   hendaklah dihantar dengan surat berdaftar. Semua dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dan dituliskan rujukan tertentu supaya boleh dikenali sebelum ianya dibuka.

 

 

5.2        TATACARA PENGURUSAN PUBLISITI

           

Tatacara pengurusan publisiti sesuatu tender adalah seperti berikut iaitu tender tempatan hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu (1) akhbar harian utama berbahasa Melayu. Walau bagaimanapun untuk tender antarabangsa sekurang-kurangnya diiklankan di dalam dua (2) akhbar di mana satu (1) berbahasa Melayu dan satu (1) berbahasa Inggeris.

 

Walaupun publisiti meluas digalakkan bagi urusan tender, pertimbangan sewajarnya mengenai kos iklan hendaklah juga diambil kira. Sekiranya kontraktor yang berkelayakan di bawah satu-satu bidang adalah diketahui tidak lebih lima (5) kontraktor, iklan tidak perlu dibuat. Dalam hal demikian kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Setelah mendapat kelulusan, pemberitahuan tender kepada kontraktor yang diluluskan hendaklah dihantar dengan surat berdaftar.

 

 

 

 

 

6.0    RUMUSAN

 

Secara tuntasnya, tujuan publisiti sesuatu tender adalah amat penting untuk digembar-gemburkan supaya semua pembekal terutamanya kontraktor tempatan berpeluang untuk saling bersaing secara sihat dalam membolehkan pihak kerajaan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Hal ini dapat membuktikan bahawa kontraktor negara kita, Malaysia sudah mampu “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” antara negara-negara maju yang lain sejajar dengan seruan kerajaan dalam menempuh Wawasan 2020.  Dari tona kaca yang similar, untuk menguruskan sesuatu tender , seorang pegawai itu perlulah mengetahui tatacara pengurusan publisiti sesuatu tender secara menyeluruh untuk meningkatkan kepercayaan pihak kerajaan mahupun negara luar.

Dasarwasa ini juga turut memperlihat deretan tatacara untuk menguruskan publisiti sesuatu tender dengan media cetak. Tidak mungkin pada suatu masa nanti, publisiti tender akan dipertontonkan secara meluas melalui media elektronik mahupun berkembang dalam bidang internet.

Akhirulkalam, saya berasa amat bertuah kerana diberi tajuk yang mampu mengcungkil rasa ingin tahu yang ada dalam diri saya dan juga dapat memberikan saya lebih banyak pengetahuan dalam bidang perolehan tender ini.

 

 

7.0    BIBLIOGRAFI

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka

(Diperoleh pada 25 Jun, 2012 daripada laman web rasmi Universiti Putra Malaysia:  
http://www.upm.edu.my. )

(Diperoleh pada 25 Jun, 2012 daripada laman web rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia:  
http://www.ukm.edu.my. )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN