Pelajar Pendidikan Seni Komunikasi Visual Melakar Sejarah di Pulau Pinang
KEPALA BATAS : Seramai 45 orang pelajar program Pendidikan Seni Komunikasi Visual (Viscom) semester 7 telah menyertai pameran degree show Delightful Penang “Experience The Visual Exhibition 09” yang bertempat di Kompleks Dato Kailan, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21hb November 2009. Pameran ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Redhuan bin Che Ros, Penasihat Khas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Turut menghadiri pameran ini adalah Timbalan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, ADUN Bertam Pulau Pinang, Dekan Fakulti Seni dan Muzik serta ramai lagi.
Mengulas kenyataan Penasihat Khas Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang berkata “Pameran DELIGHTFUL PENANG ini dapat mempromosikan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan unggul dan sumber rujukan khazanah sejarah dunia terbilang dimana Pulau Pinang telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO. Disamping itu membuka minda mahasiswa menerusi pendekatan eksplorasi dan menjana kreativiti dalaman meluahkan bakat yang terpendam supaya mendapat keyakinan menjadi graduan yang memiliki kemahiran insaniah (softskills) yang tinggi dan meneruskan perjuangan mengejar ilmu sepanjang hayat menerusi konsep pendidikan berterusan.”
Beliau turut mengzahirkan rasa berbangga dengan adanya penglibatan rakan-rakan dan kakitangan universiti dalam menjayakan DELIGHTFUL PENANG : “Experience The Visual Exhibition 09” (Degree Show) dan ini merupakan satu petanda baik bagi menjana kebitaraan UPSI. Beliau juga merasakan kematangan para pelajar UPSI telah setanding dengan universiti – universiti lain di Malaysia pada hari ini.
Pameran Delightful Penang “Experience The Visual Exhibition 09” ini telah dijayakan oleh para pelajar program Pendidikan Seni Komunikasi Visual semester 7 dibawah Fakulti Seni dan Muzik bermula 20hb November 2009 sehingga 21hb November 2009. Pameran ini mempersembahkan karya akhir para pelajar dalam bentuk seni grafik, multimedia interaktif dan animasi. Pulau Pinang adalah lokasi yang menjadi subject matter dan juga sebagai tema persembahan kepada pameran. Ini adalah untuk menyanjung tinggi warisan Negara yang terdapat di sana.
Terdapat empat major dibawah program Pendidikan Seni Komukasi Visual ini seperti Animation Design, Interactive Design, Advertising Design serta Graphic Design. Anugerah karya terbaik juga diberikan kepada Mohd Shahril bin Razali (Animation Design) , Nik Muhammad Firdaus bin Shafie (Interactive Design), Nor Aida binti Hajin (Advertising Design) dan Maisalmah bt Mohd Halil (Graphic Design).
Objektif pameran ini adalah untuk mendokumentasikan khazanah warisan dunia negeri Pulau Pinang dalam bentuk audio visual (fotografi, videografi, animasi 2D dan 3D, buku coffee-table, karya grafik, CD interaktif dan laman web). Ia juga menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan unggul Negara, setelah diiktiraf oleh badan dunia (UNESCO) sebagai warisan dunia. Pameran ini juga memberi pendedahan terhadap pelajar tahun akhir bagaimana pengurusan sesebuah pameran umum diuruskan. Ia juga memberi peluang kepada Fakulti Seni dan Muzik untuk mengadakan pameran luar sebagai tatapan umum.
Melalui pameran ini, para pelajar dapat menghasilkan karya kreatif seni komunikasi visual yang dipersembahkan pada khalayak awam menerusi aktiviti pameran DELIGHTFUL PENANG : “Experience The Visual Exhibition 09”. Program sebegini dapat memangkin nilai kebitaraan UPSI menerusi karya kreatif berpameran. Ia juga dapat membuka minda mahasiswa menerusi pendekatan eksplorasi dan menjana kreativiti dalaman meluahkan bakat yang terpendam supaya mendapat keyakinan menjadi graduan yang memiliki kemahiran insaniah (soft skills) yang tinggi dan meneruskan perjuangan mengejar ilmu sepanjang hayat menerusi konsep pendidikan berterusan.
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan antaranya kuiz interaktif untuk pelajar sekolah, demo kraf tradisional seperti batik, anyaman dan membuat tembikar oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai pendedahan kepada pelajar sekolah serta para pengunjung yang hadir. Terdapat juga demo penggunaan perisian seperti Corel Draw, 3D Max dan sebagainya oleh para pelajar.
Disediakan oleh :
AJK Dokumentasi
Delightful Penang : “Experience The Visual Exhibition 09”
1) Nor Aida binti Hajin
2) Haryati binti Zainunddin
No comments:
Post a Comment