Tuesday, March 31, 2009

Terima kasih Cinta

 


afgan-3




Terima kasih Cinta


by : Afgan





 




Tersadar, didalam sepi ku,
setelah jauh melangkah.


Cahaya kasih mu, menuntun ku,
kembali dalam, dekap tangan mu.


Terima kasih cinta,
untuk segalanya,
kau berikan lagi,
kesempatan itu.
Tak akan terulang lagi,
semua…
kesalahan ku,
yang pernah menyakiti mu.


Tanpa mu, tiada berarti,
tak mampu lagi berdiri.

 



Y for Yati


Rules : It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.



Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real. Nothing made up! <-- Macam ko tau betul KE salah.

1. What is your name : Yati

2. A four Letter Word : Yati

3. A boy's Name : Yusuf (adik aku ler)

4. A girl's Name : YatiYula

5. An occupation : Youth Worker

6. A colour : Yellow

7. Something you'll wear : Yellow T-shirt

9. A food : Yong Tau Fuu

10. Something found in the bathroom: Yellow soap


11. A place : Yik Mun Pau (Famous Pau at Tanjung Malim)



12. A reason for being late: Yesterday my grandmother died

13. Something you'd shout : Yess!!



14. A movie title : Yes Men

15. Something you drink : Yakult

16. A musical group : Y Rock - music group



17. An animal : Yaks

18. A street name : Yap Ah Loy

19. A type of car : YUGO

20. The title of a song : Yang Tersayang (Amelina dan Iwan) = Layan dangdut erk..

yuyah yugak yulis yenatang yi.. (ni)

Monday, March 30, 2009

Belajar Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna

2626895275_105da61632_m

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : Mr.Bobo

Misteri CINTA

2253402623_e57b389aa0_m




Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah, sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri, rasa cinta tetap wujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga , yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dalam hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan, tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, tetapi terasa begitu dekat. Masih ingatkan suaranya, masih ternampak senyum tawanya. Rasanya baru semalam berlalu.. tidak terasa.. Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita. Selagi ada kejujuran, ia tetap mekar. Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri. Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama. Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati. Itulah cinta. Satu misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan untuk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yang terbaik. Namun, kehidupan yang telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Apabila ANDA..

2652968917_bc05e0c6842



Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah..anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia. Satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

COKLAT : Tinggalkan Ingatan Berpanjangan

354311587_107e06d41a_m







Mencari hadiah untuk seseorang kadangkala menimbulkan kerumitan. Apakah hadiah yang sesuai, adakah penerimanya akan menyukai hadiah itu, antara soalan yang pasti berlegar-legar dalam fikiran. Belum lagi memikirkan harga barangan yang mungkin `menyesakkan’ poket.


Jangan risau. Ada satu hadiah yang amat ringkas tapi berpotensi tinggi untuk membuatkan penerima gembira dan pada masa yang sama, mengurangkan tekanan, menjimatkan masa dan belanja anda untuk membelinya.


Coklat! Tahukah anda coklat adalah `luahan kasih sayang’ (message of love), luahan perasaan dan keprihatinan. Sesiapapun, berhak menerima hadiah coklat, tidak kira lelaki atau perempuan, kekasih, ahli keluarga, rakan sekerja, rakan perniagaan, tetamu majlis atau orang yang baru anda kenali. Anda hanya perlu memastikan minat dan cita rasa teman anda itu.


Namun, sebagai pemberian istimewa, pastikan coklat yang ingin dihadiahkan itu dibungkus dengan menarik. Coklat itu mungkin boleh diletakkan dalam bakul, kotak atau apa saja cara yang bersesuaian dengan tujuan pemberian anda itu. Semuanya bergantung kepada kreativiti anda untuk memberikan kejutan kepada si penerima.


Ada beberapa faktor yang membuatkan coklat pilihan yang tepat untuk dijadikan hadiah. Pertama sekali, populariti manisan ini yang berterusan membuatkan ia sampai bila-bila pun tidak `ketinggalan zaman’. Ia juga mampu mencetuskan mood gembira bila seseorang memakannya selain memperbaiki tahap kandungan gula yang rendah.


Tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan coklat sebagai alternatif terbaik kepada jambangan bunga yang juga sebelum ini popular sebagai pilihan hadiah.


Hadiah ini akan lebih istimewa jika coklat yang diberikan itu terdiri daripada jenis yang eksklusif, mahal atau mungkin yang diimport atau dibeli dari luar negara. Lebih eksklusif lagi jika anda sendiri yang menyediakan coklat berkenaan!


Akhir sekali, titipkan juga ucapan indah dan bermakna bagi menambahkan lagi kegembiraan si penerima. Pasti coklat yang diberikan itu meninggalkan rasa dan ingatan yang berpanjangan….



68153223_665dbdf47d_m1

Lelaki Berjambang itu SEKSI?

images

Ciri-ciri tipikal lelaki - macho, sasa dan pelindung mungkin tidak lagi relevan dalam memikat hati wanita sekarang. Jika anda lelaki berwajah bersih dan mahu menukar gaya penampilan, sekarang mungkin waktu sesuai!


Suatu kajian yang dilakukan ke atas wanita di United Kingdom (UK) baru-baru ini memberikan keputusan yang wajar difikir lelaki dalam menata gaya. Mengikut kajian itu, lelaki sekarang tidak lagi perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang.


Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.


Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.


Bagi kebanyakan wanita, lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar ‘jambu’ atau ‘pretty boy’.


Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang dicari rata-rata wanita.


Minat wanita juga berbeza-beza. Ada yang sukakan lelaki yang cuma menyimpan misai saja, ada yang suka pada lelaki yang menyimpan jambang saja dan ada yang terpikat pada yang memiliki kedua-duanya; misai dan jambang. Paling penting, misai dan jambang ini dijaga rapi dan tidak dibiarkan kelihatan bersepah kerana ia boleh menimbulkan pandangan bahawa anda seorang yang tidak terurus.


Sesetengah lelaki kelihatan menarik bila mempunyai misai, jambang atau janggut tapi ada juga yang tidak sesuai dengan penampilan sebegitu. Jika ramai yang memberi komen negatif mengenai penampilan anda yang bermisai, berjambang atau berjanggut - mungkin ia tidak sesuai dengan wajah anda.


Jadi, jika anda ingin mengetahui sama ada diri lebih menarik dengan misai dan jambang ataupun tidak, lebih baik kiranya anda tanyakan kepada rakan wanita di sekeliling anda.


Apa yang pasti, bermisai, berjambang ataupun tidak, semua ini adalah tarikan fizikal semata-mata.


Hakikatnya, biarpun seseorang lelaki itu ‘lulus’ dari segi penampilan fizikalnya di mata wanita tapi ‘gagal’ dari segi sikap dan keperibadian, misai, janggut, kumis atau jambang yang paling menawanpun tidak akan memberi sebarang makna.


INFO:




  • Designer stubble atau jambang pendek (baru tumbuh) mampu membuatkan anda tampak lasak dan menyerlah, bergantung kepada bagaimana anda merapikannya. Gaya seperti ini selalunya sesuai dengan ramai lelaki tidak kira sama ada yang bersifat romantik. sofistikated atau bersahaja. Selain itu, gaya ini dikatakan tidak akan ketinggalan zaman.



  • Jika anda mempunyai wajah ‘baby face’, dengan pipi bulat dan comel, designer stubble dapat membuatkan bahagian rahang anda tampak lebih cengkung selain menyembunyikan dagu yang berlapis.



  • Gaya ini sesuai untuk anda yang kurang gemarkan suasana formal dan penampilan ini juga boleh dibawa ke pejabat asalkan anda sentiasa memastikan ia rapi.



  • Bagi mendapatkan gaya ini, anda boleh bercukur selang dua hari. Terpulang kepada anda sama ada sesuai atau tidak sesuai untuk anda membiarkan jambang yang tumbuh di sekitar bahagian leher.



  • Kenal pasti secepat mana pertumbuhan misai dan jambang supaya anda boleh menetapkan rutin perapiannya.

Jangan Tangisi Apa Yang BUKAN Milikmu

3220667867_781644a2cd_m

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: “Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. ” Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu’min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.



Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
“Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (al-Hadiid: 22-23)


Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: “Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. ” Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.


Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)


Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu’min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.


Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tanda Diri Sudah MATANG


  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai



  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa



  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung



  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka



  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat



  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain



  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda



  • Anda dapat menerima kritikan atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya



  • Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.



  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang



  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati



  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu



  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif



  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna



  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya



  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai



  • Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka



  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa mengambil apa-apa kesempatan ke atas mereka



  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara baik, disenangi dan dihormati mereka.


3274763742_b0761bdf3b

Bila Guru Mentafsir CINTA..

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

CINTA Serikandi ISLAM

Yang dicari,
Walau bukan putera raja, biarlah putera agama,
Yang diimpi,
Biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata

Yang dinilai,
Bukan sempurna sifat jasmani,
Asal sihat ruhani, sempurna hati,
Yang diharap,
Bukan jihad pada semangat,
Asal perjuangannya ada matlamat,
Yang datang,
Tak perlu rijal yang gemilang.

Kerana aku serikandi dengan silam yang kelam,
Yang dinanti,
Bukan lamaran dengan permata,
Cukuplah akad dan janji setia,
Yang akan terjadi,
Andai tak sama kehendak hati,
Aku redha ketetapan Ilahi,
Itulah ketentuan sejak azali...

Badak Sumbu & Si monyet

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar. Padasuatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok, keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua menatang itu.


Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya. Hehe.


Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson.



Jin tu kelip mata, bling.. Semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam.



Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya. Hehe.


Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei.



Jin tu kelip mata lagi, bling.. Semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu..




Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik-baik."

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun gilerrr, kecuali saya".


Jin tu pun kelipkan mata and then bling.. Maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nih.



"Hah monyet, awak nak apa pulak? Kasut boot kulit ke?" tanya Jin.




Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY."

Jin tu pun kelipkan mata, bling.. Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas-puasnya. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah.. Ish, tak kuaassa nyah."

Sunday, March 29, 2009

Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K








Pengantar Teori dan Kritikan Sastera


Tugasan Berkumpulan :




  • Haryati Zainunddin -- D027454

  • Noor Azizah Mat Jusoh -- D027465


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sistem Pemikiran Bersepadu 4K - Mohd Yusof Hasan


by : Yati Yula


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PENGHARGAAN


Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.


Dalam tugasan kumpulan ini, kami telah diminta untuk memilih salah sebuah teori yang dipelajari dan menganalisis teori tersebut berdasarkan tajuk yang kami tetapkan sendiri. Bidang teori ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk memasuki laman teks kesusasteraan bagi memahami apa jua fenomena baik secara instrinsik mahupun ekstrinsik. Untuk tugasan kali ini, kami telah memilih untuk menganalisis teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diasas oleh Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan dari segi pengsejarahan, idea-idea asas serta penerimaan masyarakat terhadap teori ini.


Disini kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengasas teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) iaitu Prof. Dr. Mohd. Yusof Hasan kerana sudi berkongsi maklumat dan sudi menjadi responden untuk kajian kami. Jutaan terima kasih juga dirakamkan pensyarah kursus Pengantar Teori dan Kritikan Kesusasteraan (BST 1033) iaitu Encik Abdul Halim Ali kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan menjadi sumber rujukan dan membekalkan pelbagai bahan serta bimbingan dalam mempersiapkan tugasan yang telah diberikan.


Selain itu, ribuaan terima kasih juga dihulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi dorongan, berkongsi pendapat serta bahan dalam memperlengkapkan lagi tugasan ini.


Sekian, terima kasih.





1.0 LATAR KAJIAN


1.1 Latar Belakang Tokoh dan Teori


Latar Belakang Tokoh


Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan mula terlibat dalam bidang kesusasteraan apabila menduduki peperiksaan HSC – Higher School Certificate pada tahun 60an. Pada masa itu terdapat mata pelajaran kesusasteraan Melayu apabila buku teksnya ialah novel Tenggelamnya Kapal Van de Wijck karya Hamka. Semenjak itu, beliau mula berminat membaca novel dan karya sastera pengarang-pengarang Melayu, Indonesia dan Barat. Beliau amat menggagumi Shahnon Ahmad dan terpikat kepada persoalan-persoalan kehidupan manusia yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dalam karyanya.


Beliau mula menceburi bidang pemikiran ketika mula bertugas di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia, Jitra, Kedah pada tahun 1985. Pada tahun 1987, beliau mengikuti kursus Lateral Thinking yang dikendalikan sendiri oleh Edward de Bono di Kuala Lumpur. Disini beliau mendapat pendedahan pertama tentang pemikiran sebagai tambahan pemikiran kreatif tentang karya-karya sastera dalam bentuk fiksyen, sajak dan drama.


Beliau banyak menghasilkan penyelidikan kesusasteraan terhadap Sasterawan Negara Shahnon Ahmad bermula dari latihan ilmiah di peringkat Ijazah Sarja Muda sehinggalah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Beliau juga membuat pemerhatian terhadap karya-karya Pramoedya Ananta Toer, James Joyces, Franz Kafka, Virginia Woolfe, Albert Camus, Leo Tolstoy, Kesusasteraan Filipina dan cerpen-cerpen Brunei Darulssalam.


Diantara jenis buku yang dihasilkan seperti Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu (2005), Teori Pendidikan Pemikiran Global (2006), Islam Hadhari Menangani Gelombang Globalisasi (2007), Pemikiran Mahathir Mohamad: Kesinambungan Gelombang Keintelektualan Melayu Global ari Abdullah Munshi dan Za’ba (2008), Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad (2008) Penghayatan Fiksyen, Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, Pengenalan Fiksyen Dunia, Koleksi Karya Shahnon Ahmad, Novel Negara Brunei Darussalam 1940-1992 : Suatu Analisis Kritis Intrinsik-Ekstrinsik dan Pemikiran Sasterawan Negara Malaysia (2008).


Bermula dari 1985 hingga tamat perkhidmatan pada 2002 di UUM, beliau terlibat secara langsung dalam pengarang dan pembelajaran Pemikiran dan Etika sebagai kursus wajib Universiti. Hasil pengajaran dan penglibatan itu beliau berjaya membentuk satu teori Pemikiran yang dipanggil SPB4L : Sistem Pemikiran Bersepadu 4L : Luhur, Lahir, Logik dan Lateral.


Beliau bermula sebagai seorang guru di sekolah rendah dan berpindah ke sekolah menengah. Dengan hasrat mahu menganjak kerjayanya beliau telah menerima tawaran sebagai tutor di Universiti Sains Malaysia dari tahun 1973 hingga 1975. seterusnya beliau beralih pula ke Universiti Utara Malaysia sebagai pensyarah di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik.


Latarbelakang dan kerjayanya sebagai seorang guru, tutor, pensyarah, pensyarah madya dan kemudian profesor serta latarbelakang karya beliau dalam bidang kesusasteraan, Pemikiran dan Etika telah memberi kenyakinan untuk memberanikan diri dalam memurnikan SPB4L kepada Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K).



Pemikiran dan Idea Tokoh


Pemikiran oleh sarjana melayu yang beragama islam tidak seperti kecenderungan teori-teori barat yang menempukan perhatian tentang kejiwaan atau persoalan hidup yang tidak bersandarkan kepada ketauhidan dan keesaan Allah, kerana fitrah manusia akan bersandar kepada allah sebagai pegangan yang paling tinggi.     Pemikiran pula adalah sesuatu kuasa yang amat hebat yang ada pada setiap manusia. Dengan menggunakan ia dengan sebaik-baiknya, maka ia akan membawa manusia ke jalan yang bahagia. Tetapi apabila  disalahgunakan,  ia akan menghancurkan manusia itu sendiri.


Mohd Yusof Hasan meletakkan Sistem pemikiran saintifik atau sistem pemikiran bersepadu memerlukan sistem pemikiran yang tersusun dan berdasarkan kaedah saintifik. Jesteru itu Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L diperkenalkan sekitar 1990-an, Teori SPB4L menggabungkan dan menyepadukan empat sistem pemikiran yang diterjemahkan oleh pengarang dalam karya sastera iaitu pemikiran luhur, lahir, logik dan lateral. Pemikiran Luhur adalah berkait dengan agama iaitu agama yang suci murni berdasarkan kepada ketauhidan, keimanan dan ketaqwaan. Pemikiran Lahir adalah pemikiran tentang kemampuan manusia berfikir dari peringkat dalam rahim semasa berusia enam hari sehingga berusia enam tahun. Peringkat ini amat penting dalam pembangunan minda manusia. Pemikiran Logik pula  adalah jenis pemikiran yang berdasarkan ilmu yang lengkap, memerlukan hujah , bukti, fakta, alasan, hujahan dan kebenaran. Manakala Pemikiran Lateral pula tidak memerlukan logik, fakta atau kebenaran. Ia lebih mementingkan kepada kreativiti, inovasi, imaginasi, rekaan dan khayalan semata-mata.


Namun apabila Beliau berhijrah dan berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Beliau telah memurnikan teori ini kepada Teori Pemikiran Bersepadu 4K, meliputi Ketuhanan, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan. Namun pada konsepnya teori ini masih sejajar dengan Teori Pemikiran Bersepadu 4L, tetapi oleh kerana suasana di UPSI yang memegang tunggak ”Cikgu Bitara” maka teori ini telah dimurnikan supaya sesuai dengan profesion keguruan yang juga mengariskan hal-hal keimanan, kehebatan minda, kelogikan dan keindahan.



1. 2 Sumbangan Tokoh


Sumbangan Prof. Dr Mohd Yusof Hasan


Dalam tempoh Mohd Yusof Hasan bergiat dalam bidang penulisan dan pentiorian, beliau telah banyak menghasilkan buku ilmiah termasuklah Novel of the Trouble Years, Sasterawan Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1990, Tiga Dunia : Cerpen Psikologi Kanak-Kanak, Dunia Melayu juga pada tahun 1990.


Beliau juga telah menghasilkan antologi cerpen pengarang-pengarang Malaysia yang berjudul Pengabdian, pengenalan Fiksyen Dunia, Takah Demi Takah. Pada tahun 1995 beliau telah menghasilkan karya berjudul Penghayatan Fiksyen Melayu, Novel Negara Brunei Darulssalam, Suatu Analisis Kritis Instrinsik-Ekstrinsik. Dan pada tahun 1999 beliau telah menghasilkan karya yang popular ppencetus kepada teoinya iaitu Pemikiran Saintifik : SPB4L, Teori Pendidikan pemikiran global, Pemikiran Mahathir Mohamed, Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, dan karya yang mendokong idea Teori Pemikiran Bersepadu 4K iaitu Wacana Ilmu UPSI Pembinaan Teori Pendidikan Pemikiran UPSI.


Setakat ini, beliau telah menghasilkan 10 buah buku, lebih daripada 200 esei akedemik, lebih 100 kertas kerja dan teori SPB4K beliau telah memberikan paradigma baru dalam bidang sastera.



2.0 PERMASALAHAN ANALISIS


Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Permasalahan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkara kajian yang kita akan lakukan. Kehidupan sosial memang dipenuhi oleh berbagai-bagai perkara yang boleh dijadikan topik kajian. Dalam melaksanakan kajian, kita tidak dapat mengkaji dan menyelesaikan banyak masalah dalam satu penyelidikan. Oleh itu adalah kebiasaan setiap penyelidikan memfokuskan kajian kepada suatu penyataan masalah yang khusus. Permasalahan adalah menjawab kepada soalan mengapa kajian ini dibuat dan kepentingan nya. Antara permasalahan analisis yang terdapat dalam kajian ini adalah :



Idea teori SPB4K


Salah satu tujuan ingin mengkaji teori ini adalah untuk mengetahui idea sebenar teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K). Idea dari mana datangnya teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) merupakan permasalah utama sebab kajian ini dilakukan. Idea teori SPB4K ini bersangkut paut dengan teori yang pernah dihasilkan sebelumnya iaitu teori SPB4L dan penukaran tajuk teori ini menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang idea teori tersebut. Teori ini perlu diketahui idea asal agar memudahkan masyarakat dan penyelidik khususnya untuk mengkaji teks kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Pemikiran Bersepadu (SPB4K). Ini ekoran kerana Teori Pemikiran Bersepadu (SPB4K) asalnya dinamakan Teori Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L), idea asalnya perlu diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka tidak keliru berhubung dengan perkara terbabit. Walaubagaimanapun, usaha untuk memperjelaskan idea teori SPB4K ini akan cuba diperjelaskan dengan sebaik mungkin agar tidak terdapat percanggahan dan kekeliruan untuk memahami tentang Teori Pemikiran Bersepadu 4K dengan sepenuhnya.



Penerimaan masyarakat


Selain itu, pengkajian teori ini adalah untuk mengetahui sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dalam memsepadukan Pemikiran Bersepadu 4K untuk diterapkan dalam bidang sastera kerana teori ini sebenarnya bukan sebuah teori sastera tetapi hanyalah sebuah teori pemikiran yang miripnya seperti teori Psikoanalisis Klasik oleh Sigmund Frued.


Kemunculan teori Pemikiran Bersepadu 4K banyak memberikan kesan kepada dunia kesusasteraan sama ada dari sudut ilmiah atau sebaliknya sehingga membuka ramai mata karyawan untuk mendekati teori ini. Ini kerana teori ini bukan hanya boleh digunapakai dalam bidang kesusasteraan malah dapat diaplikasikan dalam bidang politik, bidang sains dan sebagainya serta untuk diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga keupayaannya untuk menilai dan penghayatan terhadap sesebuah karya itu diragui dan tidak dapat dicapai.



Kritikan Tokoh


Tokoh Teori Persuratan Baharu Mohd Affendi Hassan mendakwa teori ini bersifat picisan. ”Membayangkan sebuah tesis disandarkan kepada suatu kerangka kasar yang kabur dan keliru, misalnya disandarkan kepada lakaran grafik (SPB4L/SPB4K) rekaan seorang sarjana yang mengaku pakar pemikiran kreatif bersepadu yang sebenarnya bukan teori. Tetapi hanya sejenis kerangka taklimat yang bercelaru, berubah-ubah tajuknya dari 4L (luhur, lahir, logik, lateral) tidak semena-mena menjadi 4K (keimanan, kebitaraan, kesaintifikan, kekreatifan) untuk kononnya menggambarkan sistem pemikiran bersepadu.



Sekiranya tesis ditulis dengan memakai kerangka yang kacau seperti ini, maka tesis itu akan menjadi sebuah tesis picisan, kerana dasarnya adalah ``pemikiran picisan''.
Semua karya adalah picisan jika strukturnya longgar, tidak menyerlahkan kecanggihan analisis yang membolehkan pembaca memahami dengan jelas idea pokoknya dan tidak memberikan kesempatan kepada pembaca untuk bersetuju atau menentangnya. Pendeknya, karya itu runtuh bertaburan jika dikritik dan dicabar secara ilmiah dengan analisis yang tajam.”
(Dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 12 Oktober 2005). Selain itu, teori ini turut dikritik hebat oleh Ungku Maimunah Mohd Tahir.


3.0 OBJEKTIF


Secara umumnya, objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk memahami Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) itu sepenuhnya sebelum mengaplikasikan penggunaan teori tersebut dalam menganalisis teks kesusasteraan Melayu.


i) Mengkaji tentang pengsejarahan Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) iaitu melihat bagaimana dan bila teori ini dicetus oleh Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan.


ii) Menganalisis idea-idea asas Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan berkaitan teori ini.


iii) Membincangkan tentang penerimaan masyarakat terhadap teori sastera Melayu tempatan iaitu teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dalam bidang kesusasteraan.



4.0 KAJIAN LALU


Kemunculan teori ini banyak memberi impak kepada bidang ilmu terutamanya bidang Pemikiran dan Kesusasteraan, bidang kesusasteraan khasnya banyak membuka mata serta mulut pengkarya dan pengkritik untuk menguji dan menilai sejauh mana Teori ini berkesan dan memberikan input positif dalam dunia pengkaryaan sastera. Terdapat ramai juga yang menulis dan mengkritik tentang Teori ini sama ada dari segi kelemahan dan kelebihan sehingga teori ini menjadi satu teori yang agak dikenali dan memberi pemahaman sehingga ada yang menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk sesuatu kajian.



Kajian oleh Dr. Ani Omar


Kemunculan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) oleh Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan sebagai teori sastera tempatan telah membuka ruang kepada penyelidikan sastera dengan lebih luas. Aplikasi serta penerapan teori-teori moden kesusasteraan dari Barat telah banyak digunapakai bagi kajian sastera di Malaysia. Namun sebagai alat untuk mengkritik teks sastera Melayu, teori-teori dari Barat dikatakan kurang sesuai kerana keterpisahannya dari unsur keIslaman dan keMelayuan yang menjadi tunjang kepada segala proses penglahiran karya Melayu.


Salah seorang yang pernah membuat kajian berdasarkan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L) oleh Mohd Yusof Hasan iailah Dr. Ani Omar seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang telah menggunakan teori tersebut untuk tesis Ph.D di UPM pada tahun 2005 yang bertajuk ”Citra Manusia dan Kemanusiaan Dalam Puisi Melayu Moden di Malaysia”.


Dr. Ani Omar yang mengkaji kumpulan puisi Jasa Ibu melalui teori tersebut berkata, ia turut memperlihatkan kekuatan idea dan pendekatan pengarangnya dalam mengutarakan nilai-nilai luhur. Berdasarkan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L) oleh Mohd Yusof Hasan tersebut, Dr. Ani Omar mengupas Kumpulan Puisi Kanak-kanak Jasa Ibu (JI) karya Zainal Abdul Kadir mampu mengutarakan pemikiran yang luhur, lahir, logik dan literal.


Dr. Ani Omar berkata, puisi-puisi dalam Jasa Ibu mengutarakan hubungan manusia dengan Tuhan serta hubungan manusia sesama manusia dalam konteks horizontal dan vertikal. Kumpulan puisi ini dimulai dengan pemikiran luhur iaitu pemikiran keagamaan yang berkaitan dengan manusia dengan Allah seperti tergambar dalam puisi Pulang Adik Pulang, Nasihat Insani dan Gurindam Umur.


"Puisi Zainal sarat kata nasihat agar kanak-kanak menghormati ibu bapa, guru, rakan dan taulan. Mereka diingatkan pentingnya sifat terpuji dan bertanggungjawab manakala ibu bapa diingatkan mendorong anak mereka menjadi insan kamil," katanya. Pemikiran lateral pula ialah keindahan gaya yang digunakan manakala pemikiran logik ialah unsur-unsur sains yang digunakan oleh pengarangnya. Pemikiran lahir ialah pembentukan mental, jasmani dan otak manusia,” katanya. Dr. Ani Omar turut mengkategorikan Keluarga Bahagia, Sekuntum Bunga Raya, Alangkah Beruntung, Emak Masak Nasi, Komputer, Jasa Guru dan Cita-cita membuktikan dunia kepenyairan berupaya menjadi pemangkin dalam membentuk disiplin dan jati diri insan bermula dari tahap kanak-kanak



5.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian adalah satu cara untuk mendapatkan data yang akan dikaji atau dianalisis. Dengan itu, kaedah yang akan dilakukan adalah mendapatkan atau menjalankan kajian terhadap permasalahan kajian yang telah dipilih. Dalam kajian ini, pelbagai cara akan digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Kaedah kajian yang telah digunakan adalah :



Kaedah Kajian : Temubual


Kaedah temubual merupakan kaedah yang terpenting digunakan dalam kajian ini. Kaedah temubual yang dilakukan melibatkan interaksi bersemuka secara lisan diantara penyelidik dengan responden. Jawapan boleh direkodkan dengan media elektronik dan perlu bersifat reflektif. Dalam kes ini, kami sebagai menemubual dengan pengasas Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) oleh Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan. Temubual telah dijalankan secara semi-berstruktur dimana penyelidik menyoal sebilangan soalan formal dan penyelidik juga bebas menyoal dengan lebih mendalam tentang jawapan responden kepada satu soalan formal yang telah ditanya. Selain itu, Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan juga turut menyoal kami untuk menguji kefahaman kami tentang kandungan teori SPB4K ini. Kaedah ini dipilih kerana Dato’ Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan iaitu pengasas teori ini merupakan penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan memudahkan kami untuk berjumpa dan menemubual beliau. Kaedah ini juga dipilih bagi memperoleh maklumat yang tepat dan kefahaman kami terhadap kajian yang dibuat.



Kaedah Kajian : Kajian Perpustakaan


Bagi menyiapkan kajian ini, kaedah ke perpustakaan turut digunakan untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan kajian. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat adalah seperti Perpustakaan Tengku Bainun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Manakala bahan-bahan yang akan menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan, jurnal-jurnal, dan majalah yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Segala maklumat berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah dan telah diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin dan adanya menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan sendiri. Kaedah ini dipilih bertujuan untuk membantu dalam menambah bahan yang sedia ada dan juga dapat menokoktambahkan bahan secara rapi dan berkesan.





6.0 ANALISIS & DAPATAN


6.1 Analisis :


Pengsejarahan Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), idea-idea asas Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan dan penerimaan masyarakat terhadap teori ini.


Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) telah diperakukan oleh sarjana Melayu sebagai sebuah teori sastera tempatan yang muncul pada awal abad ke-21 (Mohamad Mokhtar Hassan, 2005). Teori ni mula dicetuskan oleh Mohd. Yusof Hasan sekitar 1990-an dan seterusnya disebar dan diajarkan kepada para pelajar Universiti Utara Malaysia dan dicetak sebagai bahan bacaan wajib kursus Pengantar Pemikiran pada 1994. Teori Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) menggabungkan dan menyepadukan empat sistem pemikiran yang dijelmakan oleh manusia dalam karya sastera iaitu Keagamaan, Keprofesionalan, Kerasionalan dan Kemanusiaan. Teori ini digolongkan sebagai sebuah teori pemikiran dan sastera mandiri Melayu. Diskusi ilmiah terhadap teori ini pernah diusahakan oleh Mana Sikana (2005).


Teori Pemikiran Bersepadu didasarkan kepada tiga sumber utama iaitu Syiar Addinul Islam, perkembangan Sains dan Teknologi Barat dan Timur, dan keadaan masyarakat majmuk dalam kalangan rakyat Malaysia. Daripada sumber pertama, Islam, terdapat aspek-aspek Akidah, Syariah daan Akhlak yang berasaskan Falsafah Pendidikan Islam yang mementingkan Ilmu Naqli dan Ilmu Aqli.Ilmu Naqli adalah tentang ukhrawi yang meliputi hal-hal Usuluddin, Tauhid, Tauhid, Fekah, Ilmu Al-Quran, Hadis dan Sunnah. Ilmu Aqli adalah ilmu yang diperolehi sesama manusia iaitu dua bidang utama iaitu Ilmu Sains dan Ilmu Sastera.


Daripada sumber kedua, kemajuan sains dan teknologi, terdapat teori-teori otak dan rekaan teknologi-teknologi baru yang berasaskan Falsafah Pendidikan Barat yang mementingkan affective domain, cognitive domain dan psycho-motor domain. Begitu juga kemajuan yang dibuat oleh orang-orang Timur seperti Jepun, China, Korea dan Taiwan. Kemajuan Barat dan Timur memperlihatkan kelahiran beberapa tokoh dan teori yang dikemukan oleh mereka. Orang-orang Barat terkenal dengan teori-teori moden, termasuklah teori-teori tentang akal, otak, minda dan pemikiran.


Dan daripada sumber ketiga, keadaan masyarakat Malaysia, terdapat kaum-kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi dalam kepercayaan agama masing-masing yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan mementingkan Rohani, Intelek, Emosi dan Jasmani.


Daripada tiga sumber itu, maka Teori Pemikiran yang disarankan adalah Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K), iaitu: Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan yang merangkumi hal-hal keimanan, kehebatan minda, kelogikan dan keindahan.


1) Konsep Pemikiran Kerohanian : Seseorang manusia perlu memikirkan persoalan-persoalan yang berkaitan kejiwaan, keagamaan, kerohanian, soal dalaman yang berteraskan kepada ajaran kepercayaan agama. Manusia perlu beriman kepada hal-hal yang ghaib, abstrak yang berteraskan keimanan. Misalnya dalam Islam terdapat rukun iman, rukun Islam, hukum pahala dan dosa, hal-hal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.


2) Konsep Pemikiran Kebitaraan : Seseorang manusia perlu mempunyai akal fikiran yang bijaksana, cerdik, cemerlang, hebat, berhemah tinggi dan genius. Akal manusia mempunyai fungsi dan peranan, pembahagian-pembahagian, keupayaan-keupayaan, sistem-sistemnya yang tersendiri. Akal manusia boleh dipertingkatkan dan boleh diasuh menjadi cemerlang dan hebat yakni boleh di nature bukan mengikut nature.


3) Konsep Pemikiran Kesaintifikan : Manusia perlu mempunyai pemikiran logik, tepat, berdasarkan fakta dan angka, mempunyai hujah, objektif, dalil dan bukti. Pemikiran ini lahir dari hemisfera otak kiri yang bersifat sains, ilmiah, empirikal dan kritikal. Pemikiran ini banyak terdapat pada ahli Sains.


4) Konsep Pemikiran Kekreatifan : Manusia perlu juga bersifat lateral, kreatif, inovatif, subjektif, memberi idea dan pendapat yang bersifat estetik dan falsafah. Pemikiran jenis ini tercetus dari hemisfera otak kanan yang bersifat sastera dan seni. Pemikiran ini melahirkan insan yang sensitif, ceria, berjenaka dan optimis dalam kehidupan.


Masyarakat menerima teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) dengan mengaplikasikan kempat-empat konsep pemikiran iaitu Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana, teori ini lebih bersifat menyeluruh dan sebagai seorang yang beragama Islam, setiap perbuatan yang dilakukan akan bertunjang pada kerohanian tidak kira tua atau muda dan sebagainya. Walaupun terdapat sesetengah sarjana yang tidak bersetuju dan mengkritik hebat teori ini, namun penerimaan teori ini sebenarnya bergantung pada diri individu tersebut. Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) ini bukan hanya boleh digunakan untuk tujuan mengkritik sesebuah teks kesusasteraan tersebut malah teori ini boleh digunapakai dalam bidang politik, bidang sains dan lain-lain. Dalam bidang sastera khususnya, teori ini dapat digunakan untuk menganalisis teks kesusasteraan Melayu kerana karya kesusasteraan Melayu bertunjangkan agama dan teori-teori kesusasteraan Barat tidak dapat menjelaskan secara terperinci tentang teks kesusasteraan Melayu. Melalui kajian teks, perlu diketahui di dalam Kesusasteraan terdapat dua aspek penting iaitu hal-hal instrinsik atau dalaman dan ekstrinsik atau luaran. Ciri-ciri instrinsik ialah seperti tema atau persoalan, latar atau suasana masa dan ruang, perwatakan atau manusia dengan sifat dan sikapnya, teknik atau cara stail dan pengolahannya dan plot atau jalinan dan struktur pembinaan ceritanya.


Keempat-empat kaedah pemikiran perlu disepadukan dan dibincangkan secara holistik. Pemikiran Kerohanian boleh digunakan untuk mengkaji tema (hubungan manusia dengan manusia dan manusia dalam karya) manakala pemikiran kebitaraan pula boleh digunakan untuk menganalisis perwatakan (sifat dan sikap mesra dalam karya). Pemikiran kesaintifikan boleh digunakan untuk menganalisis latar, suasana, tempat, zaman dalam karya dan akhir sekali Pemikiran Kekreatifan digunakan untuk mengkaji teknik, bahasa, plot dan stail dalam karya.





6.2 Dapatan :


Dalam penghayatan karya sastera, teori memainkan peranan penting untuk menjadikan pembacaan lebih bermakna. Malah dikatakan melalui teori, pembacaan akan menjadi lebih mudah sekaligus menumpukan pemikiran agar tidak terpesong atau membuat satu rumusan yang mencapah lantas dituduh begitu membosankan.


Untuk membuat penilaian atau pertimbangan terhadap sesuatun karya, mestilah mempunyai didisplin ilmu atau rujukan yang boleh memandu ke arah hasil yang diharapkan, Manusia itu perlu ada empat jenis pemikiran yang tercetus daripada aktiviti otak dan minda di dalam kepalanya, iaitu dengan mengikut prinsip-prinsip kejiwaan; pandai, bijak, bestari; benar, logik, tepat, berdasarkan angka dan fakta; dan kreatif; inovatif, idea baru dan lari daripada konvensi. Teori ini dapat digunakan untuk bidang-bidang yang luas seperti Politik, Ekonomi, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Bagi memantapkan bidang Kesusasteraan, teori ini boleh digunakan untuk mengkaji pengarang atau karya secara bebas. Empat konsep dari teori pemikiran ini yang mesti difahami, dihayati dan diamalkan secara bersepadu, integrated, balanced, seimbang dan holistik. Amalan berfikir bersepadu dapat menyemarakkan kehidupan insan whole-brain.



7.0 RUMUSAN


Teori SPB4K bukanlah sebuah teori yang besar, apatah lagi tersohor. Namun teori ini muncul, digarap, dikembang, dan mencari-cari titik pemantapan dan pemurnian dalam usaha untuk berada di persada jutaan teori pemikiran dan sastera. Apa-apa teori pun yang terhasil pastinya ada manfaat kepada khalayak, dan boleh diaplikasikan terhadap kehidupan manusia. Teori SPB4K harus mencari penghayatnya dan diaplikasikan terhadap pelbagai disiplin ilmu untuk berkembang di pentas ilmu. Teori ini sesuai digunakan bukan hanya dalam bidang sastera malah bidang-bidang lain yang bersusur galur dengan kehidupan dan tidak lari dari penglibatan kejiwaan malah unsur sains juga penting dimasukkan  ke dalam pemikiran supaya manusia mampu berfikir secara sistematik agar menjadi lebih kritikal, kreatif, inovatif, dan matang. Orang yang sedemikian senang difahami kerana pemikirannya jelas dan senang pula mengatur langkah-langkahnya kita berpegang pada 4 konsep iaitu Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan.


Seorang manusia mestilah mempunyai keempat-empat jenis pemikiran tersebut. Ini untuk memandu manusia supaya mempunyai kepercayaan agama , mempunyai kapasiti minda tersendiri yang bijak dan sentiasa bersemangat melengkapkan diri, kemampuan pemikiran logik dan benar bersama fakta yang kukuh serta bernas, kemampuan pemikiran kekreatifan untuk memenuhi keadan jiwa yang seni dan sentisa inginkan keindahan.



8.0 BIBLIOGRAFI



Abdul Halim Ali. 2006. Ikhtisar Teori & Kritikan Sastera Barat dan Malaysia.


Tanjung Malim:Penerbitan Profesional Baharu.



Mohd Yusuf Hassan. 2001. Sistem Pemikiran Bersepadu 4L. Kuala Lumpur:


Penerbitan Fajar Bakti.



Mana Sikana. 2005. Teori Sastera Kontemporari. Bangi.


Penerbitan Putaka Karya.



de Bono, E. (1997). de Bono’s thinking course revised. London: BBC Book.



de Bono, E. (1973). CoRT thinking. Pergamon Press.



Gove, P.B. (1986). Webster’s third new international dictionary of the English language unabridged. Springfield, Massachusetts: Merriam-Webster Inc.,



Mana Sikana. (2005). Teori & kritikan sastera Malaysia & Singapura. Singapura : Penerbit Pustaka Karya.



Mohd. Yusof Hasan. (1994). Pemikiran saintifik (SP4L). Sintok: Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia.



Mohd. Yusof Hasan. (2000). Pemikiran saintifik SPB4L. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.



Mohd. Yusof Hasan, Mohamad Azmi Ab. Rahman, Ghazali Hamid & Syd. Abdul Rahman Syd. Zin. (2001). Pengantar pemikiran. Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.










WANITA

WANITA -  de HEARTY

2533532100_590c341c70

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lagu : Syamer (Syam DeHearty)

Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

Wednesday, March 25, 2009

Tulang Rusuk



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?


LELAKI : Kamu!!!


WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?



LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya..


 


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.


 


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.


 


Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!”


 


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.


 


“Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.


 


Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


 


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


 


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.



LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


LELAKI : Belum.


WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”


 


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


 


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat..


 


Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.


 


Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


------------------------------------------------------------------


P/s : Mekasih kepada yang mem'foward'kan email ini yer..