Friday, May 1, 2009

Tentang CINTA

copy-of-picture-086


Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.


Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.


Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.


Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.


Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…


” Saya sayang awak! “

Orang Yang Mencintai Kamu

70137572_f493a48c80_m

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik dan paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia sentiasa ingin tahu kegiatan kamu.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’


Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).


Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Apa Yang Perempuan Fikirkan Yang Perlu Lelaki Tahu

1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.. Tetapi percayalah, sebenarnya dia masih berada disisi telefon dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sebagai bukti kamu belum puas mendengar suaranya..


2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..


3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa untuk membelikan hadiah untuknya.. Tapi jauh disudut hati, dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..


4) Setiap kali dia merajuk, sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..


5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..


6) Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!


7) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.. Jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu..


8) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dengan mereka.. Tetapi percayalah, cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.. Dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu.. Namun begitu, itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dengan dia..


9) Sikap ambil beratnya kadang-kadang merimaskan kamu.. Percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat tentang dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!


10) Perempuan lebih suka memikirkan masa depan.. Oleh itu, kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi..


11) Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu, itu bermakna kamu telah benar-benar mengguris hatinya!


12) Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu, ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..


13) Perempuan paling benci pada janji yang tak ditepati! Kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka..


14) Pada hari-hari tertentu, dia mungkin akan selalu teringatkan kamu.. Tambahan lagi di saat-saat dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!


15) Jangan sesekali membiarkan dia dalam masa yang lama.. Dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..

DON'T WORRY

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah.. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba.. Sebelah aku pulak orang Bangladesh.. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri..


Borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar..


Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi.. Bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?"..  Dengan selamba mat salleh tu menjawab, "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".


Tercengganglah masing-masing.. Belum habis tercenggang.. Si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya.. Belum sempat beberapa sedut, terus dia membuangnya keluar tingkap.. "Why you do that for" kata american tadi.. "Don't worry, i got a lot cigar in my country"..


Terkejutlah aku dibuatnya.. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak.. Masa dia tengah fikir.. Aku pun apa lagi, tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap.. Belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah..


"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Kisah Cinta Sejati : Langit dan Laut

2464533130_a038cfaeae


Sumber : Koleksi Cinta


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.


Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.


Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.


Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.


Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Cinta - Waheeda

waheeda



Cinta sebati dalam jiwa
Cinta menghancur jiwa raga
Cinta mengindahkan semua
Apakah sebenar erti cinta


Cinta titiskan air mata
Cinta memutuskan saudara
Cinta senyum gelak ketawa
Tiada dinafikan cinta

Dikala hangatnya cinta
Dunia itu indah
Kala mimpi hancur lebur
Harapan nyawa terkubur

Oh mengapa? Dimana? Apa?
Siapa dapat menduga
Datangnya dan pergi

Ya laili ya laili



Kurniaan ya rab itu indah
Walaupun kadang mampu meluka
Pelengkap jasad yang bernyawa
Tak dapat dinafi hadirnya