Thursday, April 30, 2009

Unbreakable - Westlife



Took my hands, touched my heart
Held me close, you were always there
By my side, night and day
Through it all, baby come what may
Swept away on a wave of emotion
Oh we’re caught in the eye of the storm
And whenever you smile I can hardly believe that you’re mine
Believe that you’re mine

This love is unbreakable
It’s unmistakable
And each time I look in your eyes
I know why
This love is untouchable
A feeling my heart just can’t deny
Each time I look in your eyes, oh baby
I know why
This love is unbreakable

Share the laughter, share the tears
We both know we’ll go on from here
Cos together, we are strong
In my arms, that’s where you belong
I’ve been touched by the hands of an angel
I’ve been blessed by the power of love
And whenever you smile, I can hardly believe that you’re mine

This love is unbreakable
It’s unmistakable
Each time I look in your eyes
I know why
This love is untouchable
A feeling my heart just can’t deny
Each time you whisper my name, oh baby
I know why

This love is unbreakable
Through fire and flame
When all this is over
Our love still remains

This love is unbreakable
It’s unmistakable
Each time I look in your eyes
I know why
This love is untouchable
A feeling my heart just can’t deny
Each time you whisper my name, oh baby
I know why
Cos each time I look in your eyes, oh baby
I know why,
This love is unbreakable

Unbreakble

Tuesday, April 28, 2009

Secebis Bingkisan Hati

3062840120_60d25b7ce9



Ya ALLAH,


KAU hadiahkanlah cinta dan kasih sayangMu,


demi memelihara kesejahteraan dan kebaikan insan ini..


Kerana ku tahu,


hanya KAU yang mampu menjaga dirinya


lebih baik daripada diriku..

Tuesday, April 21, 2009

Ragam LELAKI

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai, Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap’ mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia…. kita. Kalau derita pun… kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


Lelaki Bersemangat



Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen



Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan



Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy



Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi



Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat



Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat



Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang teruk dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor. Lagipun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.

P/S : Mekaceh saudari Ketimpong Payong atas pem'foward'kan email ini..

Sunday, April 19, 2009

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku..

wanita


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak :


"Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"


Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.



Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.


Bidadari itu berkata kepadaku :


"Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."




Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.


Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.


Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya :


"Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"


Malaikat-malaikat itu menjawab :


"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."


Aku bertanya lagi :


"Di mana ayahandaku?"


Malaikat-malaikat menjawab :


"Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"


Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.


Ayahanda berkata :


"Selamat datang wahai puteriku!"



Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi :


"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang.


Ayahanda berkata :


"Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."


Aku berkata :


"Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."



Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.


Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.


Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.


Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.


Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...


Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.


Pada Asma aku berpesan,


"Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"



Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..



*************************************************************************
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah.

Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?Sumber: Mastika, Mei 2006

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak??



Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.



Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu



Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



P/s : Mekaceh pada mr.Wen yang sudi antor bender nih..




Tepuk dada, tanya iman..

Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?


lelaki-merajuk




Merajuk??
Urm, merajuk amat sinonim dengan kaum hawa, saya juga kuat merajuk tapi saya tidak susah untuk dipujuk.. Biarkan rajuk saya reda sendiri.. Selepas itu keadaan akan kembali normal seperti sebelumnya.. Itulah cara saya memujuk diri sendiri sekiranya rajuk saya tak dilayan, tapi rajuk lama-lama pun tak ada gunanya kerana akan merosakkan satu hubungan itu.. Jadi merajuklah sikit-sikit sahaja yer, erana merajuk juga dapat mewarnai sesebuah ikatan percintaan mahupun ikatan persahabatan itu.


Kenapa merajuk?


Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.



1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.



2. Tidak dapat apa yang diinginkan


Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan burger (kenapa pasal burger pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan burger. Payah jugak ni.



3. Orang lain lebih hebat dari dia


Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.



Bagaimana nak pujuk?


Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.



1. Terangkan perkara sebenar


Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.



2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan


Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.



3. Ucapkan kata-kata “manis”


Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.



4. Nyanyikan lagu buatnya

Haa, tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Sekiranya anda pernah dendangkan lagu untuk kesayangan anda. Dan mungkin anda boleh berkaraoke di dalam phone? Berduet bersama-sama? Why not? Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.



Hehe, kelakar juga tips-tips ni kan, tapi inilah tips yang saya peroleh dari 1 laman web.. Mungkin boleh dicuba.. Siapa tahu kebenarannya kan? SELAMAT MENCUBA..

Saturday, April 18, 2009

Perhubungan Sihat Dan Tidak Sihat





7558943-md1



Apakah itu perhubungan?
Perhubungan ialah interaksi sosial di antara dua individu atau lebih.

Peringkat-peringkat perhubungan
Perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi nafsu berahi atau perasaan saling sayang menyayangi.

Cinta mengikut nafsu melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan perhubungan.

Sayang menyayangi pula melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.

Apakah perhubungan sihat?

Perhubungan sihat adalah sesuatu yang positif. Di dalam perhubungan sihat, remaja lelaki dan perempuan:

• Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain
• Saling bergembira
• Saling mempercayai dan jujur
• Saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain
• Tidak mengkritik atau mencaci sesama sendiri
• Menerima seseorang itu seadanya
• Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan
• Tidak mengongkong orang lain
• Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu ( termasuk seks )
• Saling berjumpa bila perlu
• Saling sokong menyokong

Apakah perhubungan tidak sihat?

Perhubungan yang tidak sihat berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau terdapat unsur penderaan dalam perhubungan seperti:

• Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain
• Tidak membenarkan anda meluangkan masa bersama keluarga
• Sentiasa ingin memeriksa dan mengambil tahu aktiviti anda
• Mengaibkan atau mengkritik anda
• Memaksa anda mengikut kehendak mereka
• Membuatkan anda berasa takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak
• Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan
• Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda
• Memeras ugut / mengancam anda

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan



  • Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24


Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.




  • Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30


Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.




  • Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29


Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.




  • Tarikh Lahir pada 4, & 13


Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.




  • Tarikh Lahir pada 5 & 17


Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.




  • Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27


Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.




  • Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31


Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.




  • Tarikh Lahir pada 8 & 23


Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.




  • Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21


Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.




  • Tarikh Lahir pada 12 & 19


Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.




  • Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26


Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.




  • Tarikh Lahir pada 22 & 25


Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Senaman : Hilangkan mengantuk

Huhu..

Hari ni rase ngantuk sangat-sangat.. Tak tau ler naper.. Agaknyer kena sampuk setan ngantuk kut.. Pi basuh muke pun x ilang lagi nih.. Minggu depan dah start nak exam, tapi satu habuk pun tak prepare lagi.. Mengantuk jer kerjanyer.. Huhu

Skunk nih keje makin banyak ler pulak, asyik ngadap laptop jer 25jam.. Ngantuk pun ader.. Rase macam nak buat senaman sikit.. Owh, so aku ader mintak petua dari member aku mr.bobo..

Di sini, beliau ingin berkongsi senaman untuk menghilangkan rasa mengantuk..

Dah sedia ker?

Hehe.. Jom kita bersenam !!! Oyeh oyeh !!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senaman Menghilangkan Mengantuk (Senaman Kucing)




1 Mula-mula start dengan gaya macam nih..

Ni ala-ala taichi sikit.. Sebagai warming up ler kiranyer.. Huhu

............................................................................................................

Then, 11



Tiru ler gerakan macam nih..

Untuk kelegaan pada bahagian bahu dan leher..



............................................................................................................

Seterusnyer, 12

Waa.. waa.. waa.. Same macam kat atas jugak, untuk kelegaan bahu, leher + kepala..

Cume makin rancak.. So, tak per.. Tiru jer..

............................................................................................................

13Gerak ke kanan..


Kemudian ke kiri..



............................................................................................................

14Gerak ke kiri..

Kemudian ke kanan..

............................................................................................................

15Ikut jer.. Tapi hati-hati


jangan sampai terpusing kepala sudah ler..



............................................................................................................

16Tepuk kuat-kuat kat dahi..

Ni part paling penting untuk hilangkan mengantuk..Huhu..

............................................................................................................

17Ok, lepas tu buat gerakan tangan dan badan..



Buat macam happy ajer.. (Untuk me'releks'kan badan)

............................................................................................................

18 Tak yah cakap banyak.. Tiru ajer..

....................................................

............................................................................................................

19Buat secara aggresive pula..


Jangan peduli apa orang lain kata..



............................................................................................................

110 Hilangkan semua stress..


Lontarkan segala tekanan..


............................................................................................................


111Erm..


Pusingkan kepala..


............................................................................................................


131Tengok muka kat cermin..


sambil goyang-goyang.. Lawa tak?


............................................................................................................


112 Akhir sekali,


buat joget 'kucing'..


............................................................................................................


Kalau tak hilang gak mengantuk tu, ambik bantal bucuk, pi ler tido bawah meja..


Lepas buat senaman nih, confirm tak mengantuk dah..


Amat sesuai dipraktikkan masa musim 'exam'.. Huhu


..........................................................................................................................


P/s : To mr.Bobo, mekaceh ye bebanyak.. Nanti ler ko praktikkan dulu,


pastu kalau tul-tul ok, aku nak buat plak..


Wanita Sangat Istimewa

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.”.. i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah….” Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas… leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap…susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal
masa masak tadi… check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu… memang dah kering pun flusk ni, jerang la air… sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong…. salin la gula… check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi… ishh… ni lauk bila ni, semalam… dah beku dah… basuh la kejap…. pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh… penat dah ni, besok je la basuh… sidai kaian lap je lah…

Tik… bunyi air dah masak… salin air dalam flusk… ok settle…
baru teringat tak semayang lagi… on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi… nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska… check… baju 2 pasang, towel… towel kecik utk selsama… calamine lotion untuk sapu ruam… pampers 4 keping…. alamak.. telupa pulak masukkan botol… basuh botol jap… ok settle…

Ternampak pulak beg g keje… emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je… salin jap barang2 beg coklat… cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti… hishhh sempit la beg ni… hangin je… nak kena beli ni beg baru… rasenya 25 hb ni Sogo sale nih… mana flyers tadi ek… ha ni die.. ok, catit jap kat
yellow sticker, nanti lupa.. ok settle…

Tetiba dengar suara papa…”.. u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido..”….”.. yelah nak tido la ni.. nak smayang jap…”
Masuk toilet.. buat apa2 yang patut… cuci muka dulu..2 jenis lak tu… adoi.. gosok gigi… smayang… pakai toner… pakai treatment cream… nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4
pulak… huhuhuhu…

Bukak almari… emmm… pakai baju hijau ni lah besok… gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni… kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh … g dapur, basuh, sambung gosok baju… gantung elok2… kemaskan baju gantung2… masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor… ok settle..

Dgr suara papa lagi…”.. i dah ngantuk ni..”.. dalam pada nak masuk ke bilik… owh… pokok aku dah nak mati ni ha.. lu pa dah 3 hari tak siram… ok, siram
jap… check jap pintu ni… sah tak kunci lagi… grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku… bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2… masukkan la dalam bakul mainan budak ni… banyak nya… sampai bawah meja makan pun ade… adoi…. ok dah …

Ok dah boleh baring… adoi sakitnya pinggang… cium si comel ni kejap… selimutkan die… la.. napa basah ni… emm,tukar la pempers ni… tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la… nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali… ok sayang tido k… kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k… gud nite.. sweet dreams…

Aaahh… sedapnya dapat baring… mana pulak lotion sapu kurus aku nih… ha, ni dia… sambil sapu lotion kurus,,, setkan alarm… setkan program kerja besok… pg kul 9.30 ade meeting..ahh… boring… panas pulak lotion nih.. dah la… emm.. sedapnya lelapkan mata… Ya Allah… terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. .. mohon keberkatan dari mu tuhan… papa pun bangun tutup tv…”… i dah ngantuk sangat ni… nak tido lah… citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”… selang seminit … dengar suara papa berkeruh… dah agak dah….

So?…. apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?… SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT…. tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat… pasti anda disayangi kerana memahami mereka… well, women understand women better…
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah… setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini…. hormat dah hargailah mereka… untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari..

10 Lelaki Status Bahaya

mylorange


Ini tips untuk wanita-wanita, korang kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki. Lelaki-lelaki tersebut boleh bikin hidup anda bermasalah macam mereka juga.

1. Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.


2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.

4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.

6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.

9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.

Rahsia Dan Faedah Minum Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik
untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak
dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang
amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam
yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim
secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat
batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya
dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut
dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan
tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi
penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya
matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh
unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga
ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan,
gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang
dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan
rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan
keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan
amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

P/s : Artikel ini untuk Encik Apai Tapai

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri

Indeks Cemburu Kaum Lelaki Mengikut Horoskop




emo-love-33-heart



Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks:x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx


Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

Indeks: xxx

Yang Bernama Cinta


2250163423_014ffbd65b_m


Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.


Filem Mohabbatein memaparkan bagaimana kekuatan cinta berjaya menundukkan ego seorang ayah dan sekali gus seorang pengetua yang membenci cinta.


Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.


William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.


Ya, hampir semua manusia pernah hidup di bawah langit cinta. Ia mempesona dan mewarnai pelbagai wajah. Ia menghiaskan kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta itulah madunya.


"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya," demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.


Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, cinta saku merosak saku menguras wang. Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.


Lihatlah dan renungilah kata-kata Bung Karim tentang cinta: "Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa."


Atau renungi pula kata-kata Hamka: "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan."


Sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia. Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa.


Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia.


Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Apa yang lelaki mahu?


1_502786856l


Apa sebenarnya yang dimahukan oleh lelaki? Soalan ini pastinya menghantui sebilangan wanita moden sekarang ini yang masih belum mampu memahami suami mahupun teman lelaki mereka.



Jika ditanya pada wanita, pasti rata-rata akan menjawab lelaki membingungkan mereka dan mereka tidak faham apa yang sebenarnya lelaki cari dalam perhubungan.

Zaman sudah berubah. Wanita hari ini semakin berdikari, mempunyai kerjaya dan mampu menentukan hala tuju sendiri, namun apabila membicarakan tentang hubungan dengan insan bergelar lelaki ada kalanya mereka buntu.

Apa yang mereka cari dalam perhubungan?

Ia satu persoalan yang kompleks dan tiada jawapan yang mudah, tetapi harus ingat walaupun masa beredar dan dunia di keliling kita berubah, kita sebenarnya boleh mengandaikan apa yang mungkin dicari oleh lelaki dalam perhubungan.

Asas permulaan bagi membina hubungan sebuah hubungan ialah minat, cinta dan tarikan kasi sayang.

Lelaki jauh di sudut hati mengkehendaki isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia dan boleh berkongsi hal-hal peribadi. Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin dan pada masa sama teguh serta kuat.

Mereka suka wanita yang lemah lembut, penyayang, matang, belas kasihan dan pada masa sama teguh, tegas berdikari serta bijak.

Teman yang tegas dan menjadi penyokong

Lelaki akan mencari wanita yang boleh jadi dan ibu kepada bakal anak-anaknya. Lelaki juga wanita boleh boleh dijadikan teman berbual dan berkongsi jenaka. Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik ciri yang sangat penting. Lelaki suka wanita yang dapat menyokong mereka dan bukan membebel, yang tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

Rakan yang mengujakan

Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir dalam meneruskan hubungan. Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting bagi mereka.

Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman yang membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Malah lelaki sebenarnya menarik rakan dalam semua hubungan mereka.

Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi

Melihat daripada sudut fizikal dan biologi, kita mungkin boleh katakan bahawa lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.

Lelaki memang mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan dan tidak akan bertahan lama. Ia akan melangkah ke peringkat seterusnya di mana lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.

Lelaki akan cuba mendapatkan gadis yang paling balik dan pada peringkat ini lelaki mula bimbang mengenai apa orang lain fikir mengenai hubungannya dan gadis tersebut. Lebih penting dia mengharapkan hubungannya berlandaskan kepada percaya antara satu sama lain.

Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun

Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri untuk ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkan kepada dunia.

Pada usia 30-an lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri dan berkongsi hidup.

Pada usia 40-an dia akan menjadi lebih sensitif dan dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) yang sedia ada. Begitupun, peringkat kematangan lelak ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah lelaki bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat dan sesetengah lelaki berada pada satu peringkat sepanjang hidup mereka dan ada juga yang mencampur aduk segalanya.

Hidup Tanpa Cinta


1204730991_efbe350954


Ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berdiri di belakang di kala semangat hidup semakin patah.



Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.

Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.

Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.

Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.

Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.

Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.

* Latih minda melupakan kenangan pahit

Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.

Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.

# Buang sikap risau

Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.

Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.

# Belajar bersyukur

Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.

Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

# Belajar jadi pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.

Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

# Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.

Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

# Ubah fikiran

Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.

Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.

Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.

# Hati mesti 'keras'

Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.

Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.

Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya.

Pantun Warisan Melayu

INTERACTIVE DESIGN


 




  • Tugasan : Hasilkan sebuah laman web



  • Disediakan oleh : Yati Yula



  • Disemak oleh : Puan Nadia Akma


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Project Proposal


icon_sirih3b2


PANTUN WARISAN MELAYU


 


Site Title


 


Dalam melengkapkan tugasan kursus Interactive Design (SMS 3053) pada kali ini, saya telah memilih tajuk “Pantun Warisan Melayu”. Tajuk ini dipilih setelah dibincangkan dengan beberapa orang teman yang turut sama menyumbang informasi dan bahan dalam merancang laman web ini. Berpandukan pada zaman sekarang, pantun biasanya digunakan di majlis keramaian, dalam menzahirkan perasaan dan sebagainya.


 


Pantun yang diterima umum sebagai puisi ciptaan asli orang Melayu ; bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi Jawa, India, Cina dan sebagainya (Harun Mat Piah, 2000). Mulanya erti pantun ialah umpama, sepantun maksudnya seumpama (Ghazali Dunia, 1992). Walau bagaimanapun, bagi R.O.Winstedt (1991) banyak keraguan timbul bagi menentukan asal usul perkataan pantun. Liaw Yock Fang (1993) pula menyebutkan pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan. Malah tambah beliau, sampai sekarang pantun masih dinyanyikan.


 


Perkataan pantun dikatakan berasal daripada Indonesia yang dianggap sebagai satu bentuk karma dari perkataan Jawa parik yang bererti pari, yang membawa maksud paribhasya dalam bahasa Sanskrit atau peribahasa dalam bahasa Melayu (R.O.Winstedt, 1992). Menurut Dr. R.Brandstetter pula, perkataan pantun berasal daripada kata akar tun yang boleh dikesan penggunaan kata dalam bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam bahasa Tagalog disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu (R.O.Winstedt, 1992). Dalam masyarakat Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur empat baris serangkap.


 


Pantun merupakan karya asli ciptaan masyarakat Melayu di Nusantara, khususnya dalam kalangan masyarakat Jawa kuno, Sunda, Tagalog dan Melayu. Pantun yang dimaksudkan ini pula mempunyai strukturnya yang khusus dan berirama.


Pantun merupakan kelompok karya puisi tradisional warisan asli masyarakat Melayu dan merupakan puisi Melayu yang paling popular berbanding dengan jenis-jenis puisi tradisional Melayu lain. Populariti pantun melewati zaman tradisionalnya, malah hadir dalam masyarakat Melayu moden dengan penerusan dari aspek tema dan fungsi. Dari aspek penyebaran, memperlihatkan perubahan yang lebih besar, apabila pantun sudah diperluaskan daripada tradisi lisan, tulisan dan kemudiannya dalam bentuk biasan ekoran perkembangan era siber.


 


Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi dan penyebarannya. Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan sebagainya. Dari segi tema pula muncullah jenis-jenis pantun seperti pantun nasihat, pantun jenaka, pantun budi dan sebagainya. Pengkelasan dari segi tema dan isi pantun boleh melahirkan penglompokan pantun yang lebih sistematik. Pantun Melayu tradisional telah dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu:


 




  • Pantun Kanak-Kanak



  • Pantun Cinta dan Kasih Sayang



  • Telatah dan Cara Hidup Masyarakat



  • Pantun Teka-teki



  • Pantun Puji-pujian / Sambutan



  • Pantun Nasihat, Agama dan Adat



  • Pantun Naratif / Cerita


 


 


 


Site Specification


 


Dari segi spesifikasi laman web yang dicadangkan dalam proses rekabentuk antaramuka pula dengan menekankan aspek penghasilan antaramuka pengguna, pemilihan butang atau ikon kawalan, penetapan ciri-ciri teks, grafik dan audio. Aspek-aspek ini perlulah bersesuaian dengan pengguna sasaran dan terdapatnya konsep keseimbangan. Perlu diketahui dalam prinsip membuat rekaan laman web yang baik terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira terutamanya pandangan pengguna pada maklumat yang terpapar pada skrin. Unit pelayaran iaitu hubungan antara maklumat utama dengan maklumat sampingan (The unit of navigation) dan butang navigasi juga harus bersifat mesra pengguna iaitu dapat memudahkan pengguna untuk melayari laman tersebut.


 


Pembahagian kedudukan skrin merupakan elemen yang perlu diberi perhatian. Skrin selalunya terbahagi kepada kawasan kandungan dan kawasan navigasi dan laman web ini menggunakan dua pertiga (2/3) untuk kandungan dan satu pertiga (1/3) untuk navigasi dan menu.


 


Terdapat juga konsep keseimbangan dan perspektif dalam laman web ini. Keseimbangan pada skrin merujuk kepada pengagihan nilai optikal (keupayaan elemen untuk menarik mata pengguna) dan perspektif pula menyediakan mata pengguna dengan posisi-posisi relatif sesuatu elemen pada skrin untuk menghalang skrin tersebut daripada menjadi ‘mendatar’. Laman web ini mempunyai perspektif belakang (untuk elemen yang kurang memerlukan fokus pengguna) dan perspektif hadapan (untuk elemen yang memerlukan lebih fokus daripada pengguna).


 


Laman web ini turut menggunakan strategi pengumpulan yang baik dimana maklumat yang berkaitan dikumpulkan di dalam beberapa buah kotak yang berada dibawah. Tajuk setiap seksyen (menu utama) diletakkan di bahagian yang sama iaitu bahagian atas. Penggunaan panel navigasi yang diletakkan di tempat yang konsisten di atas skrin dapat memudahkan pengguna melihatnya dengan segera dan menghubungkaitkan fungsi-fungsinya tanpa banyak masalah.


 


Dari segi penggunaan teks (font), pemilihan dibuat dengan mengambil kira aspek warna teks, saiz, jenis teks (font) dan jarak di antara setiap baris teks agar bersesuaian dengan sasaran pengguna mahupun konsep yang digunakan. Ini kerana teks merupakan salah satu elemen yang penting dalam merekabentuk sesebuah laman web. Teks membenarkan maklumat disampaikan kepada pengguna dengan berkesan dan lengkap, namun begitu antaramuka yang terlalu padat dengan teks akan menyebabkan pengguna merasa cepat bosan. Penggunaan grafik atau elemen lain bagi menggantikan elemen-elemen teks dapat digunakan. Dalam laman web ini, beberapa jenis teks (font) akan digunakan seperti Georgia, Monotype Corsiva, dan Arial.


 


Penggunaan audio atau bunyi juga memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian para pengguna. Audio atau bunyi lazimnya digunakan untuk memainkan suara, muzik atau kesan latar kepada laman web. Audio latar belakang yang bersesuaian dengan konsep akan dapat mengekalkan para pengguna untuk terus melayari laman web tersebut. Kawalan untuk audio juga dimasukkan agar para pengguna dapat mengawal dan menggunakannya dengan senang. Dalam laman web ini, berdasarkan konsep pantun warisan Melayu, penggunaan audio/muzik irama tradisional akan digunakan seperti lagu Pantun Budi nyanyian Tan Sri Dato` S.M. Salim dan lagu Fatwa Pujangga nyanyian Aisyah akan meninggalkan kesan dalam hati para pengguna. Kesan Latar juga dimasukkan dalam laman web ini seperti penggunaan muzik Kitaro dan alunan seruling dari Mohram.


 


Dari segi penggunaan elemen grafik pula, ia mampu menarik minat para pengguna dan penglihatan mereka tidak tertumpu ke arah teks (font) sahaja yang akan dapat membosankan para pengguna. Dalam laman web ini, penggunaan grafik tidaklah terlampau banyak kerana ianya lebih tertumpu kepada isi kandungan (content) yang ingin disampaikan kepada pengguna.


 


Elemen warna memastikan peranan yang penting bagi menarik minat para pengguna untuk terus melayari sesebuah laman web. Warna yang digunakan perlulah bersesuaian dengan citarasa, peringkat umur dan konsep laman web dan bagi tulisan pula, warna yang bersesuaian digunakan bagi memudahkan pengguna membacanya serta focus pada apa yang dilihat. Latar belakang laman web ini menggunakan pelbagai warna warisan seperti hijau, coklat dan hitam serta mempunyai kesesuaian warna antara elemen-elemen yang digunakan. Penggunaan warna yang terlalu ekstrim dielakkan kerana akan menganggu tumpuan pengguna terhadap maklumat yang dicapai. Menurut Patrizia Nanni, (2004) warna boleh menggambarkan kekecewaan atau kegembiraan mengikut siapa yang menggunakannya. Tambahnya lagi keberkesanan penggunaan warna boleh mewujudkan komunikasi dan aspek estetika kepada perisian yang dibina dan secara tidak langsung mewujudkan kepuasan pengguna. Penggunaan warna warna adalah satu cara untuk menaikkan emosi para pengguna.


 


Ruang putih yang ada pada laman web juga perlu dititikberatkan. Ia merujuk kepada jumlah ruang putih yang diperuntukkan di antara teks dan grafik pada sesuatu muka surat. Lebih banyak ruang putih di antara teks dan grafik, lebih mudah tumpuan yang boleh diberikan oleh pengguna. Ruang putih sepatutnya digunakan juga untuk mengarah perhatian ke titik fokus sesuatu skrin.


 


Nilai-nilai keindahan yang terdapat pada sesebuah laman web membuatkan pandangan pengguna akan terus tertumpu pada layar skrin. Nilai keindahan seperti keseragaman bentuk, warna, gaya teks dan tema aplikasi dapat memikat hati para pengguna.


 


 


Developer


 


Dalam menjayakan laman web ini, saya menggunakan sepenuhnya pengetahuan yang saya ada dalam proses penghasilan antaramuka pengguna, pemilihan butang atau ikon kawalan, penetapan ciri-ciri teks, grafik dan audio. Namun begitu, terdapat beberapa orang rakan yang turut sama menyumbang bahan dan berkongsi idea tentang konsep ini. Mereka banyak membantu saya dalam menyediakan dan mengumpul maklumat serta berkongsi ilmu tentang apa yang dipelajari semasa di dalam dan di luar kelas.




  • Pereka Grafik : Yati Yula

  • Penata Audio : Yati Yula, Nurizzah

  • Pengumpul Bahan : Yati Yula, Nurizzah, Fellaz

  • Ilustrasi Photoshop : Yati Yula

  • Pengaudit : Yati Yula


 


Rationale or Focus


 


Kandungan yang terdapat dalam laman web “Pantun Warisan Melayu” adalah seperti koleksi pantun iaitu beberapa jenis pantun seperti pantun cinta, pantun nasihat, pantun budi dan lain-lain. Turut terdapat dalam laman web ini ialah ruangan berbalas pantun diantara para pengguna dan ruangan artikel tentang pantun.


 


Dalam koleksi pantun yang disediakan, beberapa buah pantun dalam pelbagai jenis telah disediakan untuk para pengguna sebagai contoh pantun kanak-kanak, pantun teka-teki, pantun adat dan cara hidup masyarakat, pantun kasih sayang, pantun puji-pujian, pantun agama dan pantun naratif. Pantun-pantun ini kebanyakkan diwarisi turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang lain. Matlamat utama laman web ini adalah supaya koleksi pantun yang disediakan dapat menambahkan lagi pengetahuan yang ada tentang pantun dan dapat dijadikan sebagai panduan sama ada untuk tujuan pengajaran mahupun pembelajaran.


 


Selain itu, dalam ruangan berbalas pantun pula, para pengguna bebas untuk ‘menjual’ dan ‘membeli’ pantun dari pengguna lain. Melalui ruangan ini, dapat dilihat para pengguna menghasilkan pantun sendiri sekaligus dapat menggalakkan pemikiran yang kreatif dan kritis serta meningkatkan kemahiran kreativiti. Ruangan ini juga dapat membantu para pengguna untuk meluahkan perasaan / rasa hati dan seterusnya mendapat tindakbalas yang berguna dari para pengguna yang lain. Dan ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran masyarakat dalam penguasaan dan penggunaan pantun.


 


Dalam ruangan artikel tentang pantun pula terdapat beberapa artikel yang akan dimasukkan / di’upload’ dari semasa ke semasa sama ada oleh pereka laman web mahupun oleh pengguna yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli laman web tersebut. Antara artikel yang dimasukkan seperti Pengkelasan Pantun, Peranan Pantun Dalam Kehidupan, Rakaman Pemikiran Dalam Kapsul Bahasa Berirama, Bengkel Pantun dan sebagainya. Ini dapat memberikan lebih informasi dan meningkatkan lagi pemahaman kepada para pengguna.


 


 


Main Elements Outline


 


Diantara sifat utama yang terdapat dalam laman web ini adalah Antara ciri-ciri yang ingin ditonjolkan melalui laman web ini adalah masyarakat menyanjung tinggi warisan Melayu. Masyarakat juga terutamanya generasi muda tidak lupa akan puisi Melayu tradisional ini sekaligus aka mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan generasi muda sekarang mengambil mudah dalam memperjuangkan warisan Melayu dan terdapat segelintir daripada mereka yang langsung tidak tahu kewujudan pantun warisan Melayu. Disinilah laman web ini memainkan peranan dimana kandungan yang terkandung di dalamnya dapat memberikan sedikit-sebanyak ilmu pengetahuan tentang pantun. Selain itu, hubungan silaturrahim diantara para pengguna akan terbentuk apabila mereka saling berbalas pantun, berkongsi artikel dan meluahkan perasaan.


 


 


Target Audience


 


Sasaran utama pengguna laman web ini adalah generasi muda iaitu sebilangannya golongan remaja yang masih menuntut di alam persekolahan mahupun alam kampus. Berdasarkan peringkat umur secara tidak langsung, generasi muda terutamanya golongan remaja yang masih bersekolah mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai warisan Melayu ini. Bagi remaja yang menuntut di alam kampus pula, laman web ini dapat membantu mereka (terutamanya yang mengambil jurusan kesusasteraan melayu) dalam menyiapkan tugasan tentang pantun. Oleh itu, isi kandungan laman web tersebut lebih fokus kepada koleksi pantun, berbalas pantun dan artikel berkaitan pantun.


 


Golongan kanak-kanak dan dewasa juga merupakan sasaran pengguna laman web ini. Bagi golongan kanak-kanak, mereka haruslah didedahkan dengan penggunaan pantun pada peringkat awal (dengan pemerhatian ibu bapa / penjaga) agar mereka dapat mengenal warisan Melayu dan mengamalkannya kelak.


 


 


Limiting factors


 


Dalam mereka bentuk sesebuah laman web, terdapat beberapa masalah yang sememangnya tidak boleh dielakkan. Salah satunya berpunca dari diri sendiri. Kekurangan idea merupakan penghalang utama, namun begitu dengan adanya sumbangan buah fikiran daripada beberapa orang rakan, hal ini dapat diatasi.


 


Kekangan masa turut dijadikan faktor. Kekurangan masa mungkin akan mencacatkan sesebuah rekaan laman web tersebut. Dalam proses rekabentuk antaramuka, penekanan terhadap aspek penghasilan antaramuka pengguna, pemilihan butang atau ikon kawalan, penetapan ciri-ciri teks, grafik dan audio menjadikan seseorang pereka memerlukan masa yang lama untuk menyempurnakan laman web.


 


Secara amnya, laman web yang ingin dihasilkan ialah Puisi Melayu Tradisional yang terdapat pelbagai jenis, namun berdasarkan kesedaran bahawa amat perlu seseorang pengguna diperkenalkan dengan sejarah, jenis-jenis dan tokoh-tokoh, ini membuatkan saya untuk menspesifikasikan idea saya. Saya memilih untuk membuat Pantun Warisan Melayu iaitu salah satu cabang kategori yang terdapat di bawah Puisi Melayu Tradisional.


 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cover-depan

cover-cd

menu-utama

hubungi-kami

Antara contoh yang telah dihasilkan